Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
October 18, 2010
KU ADA KAMU
Posted by Siti Mardiana Bt Yaakob at Monday, October 18, 2010 0 comments
12 barisan golongan yang mengadap ALLAH dalam keadaan yang.....insaflah wahai manusia....
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan &tanpa berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"
BACALAH YASSIN
RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Untuk renungan semua,
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Posted by Siti Mardiana Bt Yaakob at Monday, October 18, 2010 0 comments
October 10, 2010
kuman seberang laut nampak...gajah depan mata buat2 tak nampak.....
gajah vs kuman
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua,
Malam-malam macami nih entahlah rasa macam nak buat cerita sedih
tapi tak lah sedih sangat sampai meleleh air mata
hanya 'gajah-gajah' saja yang bisa mengerti
mungkin juga semasa membaca monolog nih perasaan sedih dah tiada lagi
kalau ikutkan tajuk ada dua subjek utama iaitu gajah dan kuman, kuali tu cuma predikat jer (sedang cuba memahami istilah bahasa yang dah lama ditinggalkan)
mmmmm...iklan....tipon plak bunyi....memang tengah tunggu pun...si suami balik dari perantauan....ler baru kat tapah....lambat lagi ler....mataku pun dah layu....tapi mengebabgkan gajah2 ni.....
Gajah depan mata:
buatlah kebaikan sebanyak mana pun orang tak kan nampak
yang nampak kalau ada t**k jer... sedihkan...
dah penat buat kerja tolak balak, tarik kayu dan bagai lagi
taklah nampak dek mata...buta ker happpa.....
kesimpulan - gajah perlu ikhlas buat kerja kerana gajah taklah secantik mana ngan kulit yang kasar dah tu warna pun tak cantik... sabar yer gajah, tak usah berdukacita kerana jasamu tetap dikenang.
Kuman seberang laut:
kuman(jenis parasitlah) sering dianggap mendatangkan wabak dan penyakit
mungkin kerana itu manusia sering berhati-hati
walaupun kuman sukar dilihat, tapi sikit jer baiknya dah nampak
baik sangat ke kuman tu
dan laut mana pulak yang membersihkan kuman tu.
kesimpulan - lantak kat kau la kuman, jangan kacau kerja gajah sudah...
ada masa gajah juga akan pergi jauh
ada ketika juga gajah akan jadi hipokrit (bukan berdendam jer, cuma kecewa)
Jumpa dalam kuali:
kalau masa-masa tertentu gajah dan kuman akan bertemu
mungkinkah dalam kuali
oh tidak....buat apa?
kat tempat lain ler...Monolog sebuah penghargaan buat kuman seberang laut dan gajah depan mata, semoga tiada lagi dukacita buat gajah yang kuat dan gagah
sekian..........
Posted by Siti Mardiana Bt Yaakob at Sunday, October 10, 2010 0 comments
Kenapa kadang-kadang ade manusia yang rasa diri dia tu hebat? adakah sebab dia rasa dah bnyk sgt pengalaman dalam sesuatu perkara ?kadang2 tiada signifikan pun apa yang diucapkan.....wallahu'alam
Penyakit Ego
Apabila seseorang manusia itu alim iaitu banyak ilmu dan lebih dari orang lain samada ilmu dunia dan akhirat, dan apabila seseorang itu berpangkat besar atau bila seseorang itu otaknya lebih daripada orang lain atau bila seseorang itu kaya atau keturunan mulia dan ternama seperti raja, ulama, orang besar dan bila seseorang itu berkelulusan tinggi dan bila seseorang perempuan itu cantik dan bila seseorang lelaki itu gagah maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabur hingaplah pada hatinya. Sedar atau tidak
sedar, sengaja atau tidak sengaja.
Sebab apabila seseorang itu mampu, berkebolehan, berjaya, istimewa, lebih dari orang lain maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri kepada Allah SWT dari hati nuraninya. Maka ruang yang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar, rasa istimewa, rasa tuan bahkan rasa Tuhan. Maka apabila hati sudah jadi begitu meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina maka sombonglah ia , angkuh dan takaburlah ia. Samada secara sengaja dan dirancang ataupun bukan secara dirancang dan tidak disedari.
Sebab ada orang apabila tahu dia istimewa maka dia pun
mengaturlah hidupnya sebagai orang yang istimewa dan
berusahalah dia menjaga statusnya. Sebaliknya ada pula
orang yang sedar keistimewaan dirinya tetapi kerana
dia faham ajaran Islam maka tidaklah mahu ia membesar-besarkan dirinya. Tapi oleh kerana taqwanya lemah maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu dari bertindak dengan perangai orang orang yang sombong dan takabur dan dia tidak mahu sebab dia tahu sikap itu dosanya besar tetapi dia tidak dapat melawan nafsunya. Maka termasuklah juga ia di dalam senarai orang yang sombong, ego dan takabur.
Sifat mazmumah (yang sangat dibenci) oleh Allah ialah penyakit ego (sombong) sebab ego itu membawa implikasi yang sangat
buruk. Iblis laknatullah kerana penyakit ego telah derhaka kepada Tuhan. Firman Allah:-
Terjemahannya: "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takabur dan ia termasuk golongan orang-orang kafir". (Surah Al-Baqarah : 34 )
Kerana merasa dirinya lebih istimewa daripada Adam, dia lebih mulia, lebih pandai, lebih senior dalam syurga maka sepatutnya dialah yang menjadi ketua dan orang lain sujud kepadanya. Tiba-tiba Allah meminta dia sujud pada Adam yang dipandang rendah itu hatinya menolak dia lupa dia hamba Allah, keistimewaan itu pemberian Allah yang mana kalau Allah tarik kesemuanya kembalilah ia selaku hamba yang dhaif. Hatinya yang sudah dikuasai rasa hebat diri itu sudah cukup keras hingga dia tidak dapat sujud ketika Allah perintahkan ia berbuat begitu. Sombongnya ia dan mendapat
kemurkaan Allah lalu Allah menarik balik pinjamanNya pada Iblis lantas dihukum buang dari syurga ke satu tempat buangan yang susah dan hina iaitu di dunia ini. Namun Iblis sangat sombong sudah dihukum pun dia tidak mahu merendah diri juga bukannya dia minta ampun dengan Tuhan untuk sujud pada Adam malah dimintanya untuk menghasut dan menggoda manusia supaya manusia semua kufur dengan Allah dan masuk neraka.
pernah juga Iblis memberitahu Nabi Musa a.s yang dia ingin bertaubat lantas Nabi Musa bertanya kepada Allah bagaimana caranya Iblis boleh bertaubat. Allah berfirman minta dia sujud di kubur Nabi Adam, mendengar itu dengan sombongnya Iblis pun bangun dan berkata. 'waktu Adam hidup pun aku tidak sujud padanya inikan pula waktu dia sudah mati! tidak jadilah aku bertaubat', kata Iblis. Begitu sekali kesombongan Iblis, dia cukup kenal Allah, sudah nampak api neraka namun kesombongannya membuatkan dia pandang kecil pada Allah. Maka sekarang Iblis pun mengamuklah di tengah
manusia untuk menjahanamkam anak cucu Nabi Adam agar
semuanya masuk neraka bersamanya.
Beberapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi seperti hati Iblis. Merasa diri istimewa hingga memandang rendah pada orang lain, kalau ditegur melenting bahkan mencabar orang yang menegur hinggakan demi memuaskan hati sanggup melakukan dosa-dosa yang boleh tercampak diri ke neraka. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi:
"Kibir atau sombong itu selendangKu. Sesiapa yang memakai selendangKu nescaya dia tidak akan mencium bau syurga".
Itulah sombong namanya iaitu perangai Iblis, akhlak
terkutuk dan siapa memilikinya maka nerakalah tempatnya. Rasulullah SAW dan para sahabat serta para ambia' dan solehin (orang soleh) sangat tawadhuk orangnya yakni merendah diri sesama manusia.
Firman Allah dalam Al-Quran:
Terjemahannya: "Telah lahir Rasulullah di kalangan kamu, sangat susah dengan kesusahan kamu dan menginginkan keselamatan bagi kamu dan penyayang dengan orang-orang mukmin". (Surah At-Taubah:128)
Itulah hati orang yang tawadhuk yang rasa dirinya hamba Allah dan orang lain adalah saudara-saudaranya yang dikasihinya. Dia tidak merasa dirinya lebih dari orang lain walaupun dia telah diangkat oleh Allah menjadi kekasih Allah manusia paling mulia dan paling tinggi pangkatnya, terkenal namanya, luas pengaruhnya tetapi dia rasa dia hamba Allah seperti juga orang lain. Kalau dia tidak mahu susah orang lain pun tidak mahu susah, kalau dia tidak mahu dimalukan, dimarah, dicaci dan dihina orang lain pun begitu juga. Kalau dia suka kepada keselamatan dan kebahgiaan maka orang lain pun turut demikian. Begitu dia menimbang perasaan orang sebab dia mengasihi orang lain seperti mana dia kasihkan dirinya. Hasilnya Rasulullah sangatlah menyayangi dan menghibur sahabat-sahabatnya dan seluruh orang-orang mukmin. Pada orang yang memusuhi beliau didoakan, "Wahai Tuhan berilah petunjuk kepada
kaumku kerana mereka tidak mengetahui". Sebab itu Rasulullah boleh duduk dan bermesra dengan kasih sayang dengan orang-orang miskin dan orang-orang kekurangan malah baginda memohon kepada Allah :
"Jadikanlah aku orang miskin, matikanlah aku dalam kemiskinan dan masukkanlah aku dalam syurga bersama-sama orang-orang miskin". (Hadith Riwayat Tarmidzi)
Begitu hati Rasulullah dia tidak rasa yang dia istimewa dan hebat walaupun segala keistimewaan Allah limpahkan kepadanya, Sebab padanya keistimewaan itu semuanya hak Allah kerana itu baginda cukup hati-hati dengan nikmat itu malah dia takut ketika isterinya Siti Aisyah Ummul Mukminin bertanya."kenapa tuan bersusah-payah begini sekali beribadah pada Allah hingga bengkak-bengkak kaki dan terjatuh-jatuh? bukankah tuan sudah dijamin selamat di akhirat bahkan disediakan syurga paling tinggi untuk tuan?". Lantas dijawab baginda,"terpulanglah pada Tuhan untuk buat atau beri apa saja pada hamba-Nya ini, namun aku adalah hamba-Nya yang lemah dan kurang segala-galanya yang patut menyerah diri sepenuhnya pada Tuhanku itu".
Didalam kitab diriwayatkan suatu kisah bagaimana Alah bertanya kepada pesuruh-pesuruh-Nya: "Musa, engkau siapa?" Jawab Nabi Musa,"Ana Kalamullah". "Ibrahim, engkau siapa?" Jawab Nabi Ibrahim,"Ana Khalilullah". "Isa, engkau siapa?" Jawab Nabi Isa, "Ana Rohullah". Kemudian Allah bertanya kepada Nabi kita,"Muhammad, engkau siapa?"
Jawablah Rasulullah dengan rendahnya."Ana yatim". terus Allah menyahut,"Engkau kekasihku, Habibullah".
Orang yang merendah diri Allah angkat setinggi-tingginya. Rasulullah boleh makan sedulang dan duduk sebelah-menyebelah bertindih lutut dengan orang dusun yang selekeh, miskin, fakir di majlis makan baginda. Baginda bagaikan seorang ayah yang kasihnya lebih pada anaknya yang cacat dan lemah. Itulah Nabi kita yang patut kita contohi dan hayati agar benar-benar kita menjadi pengikutnya dan pewarisnya. Dan rupanya roh baginda yang terus hidup
itu memandang kita dengan penuh kasih rindu dan supaya
disyafaatkan kita nanti di hari kiamat.
Sayidina Abu Bakar habis harta bendanya dikorbankan untuk perjuangan Islam kemudian dia berkata,"Yang tinggal padaku hanyalah Allah dan Rasul dan aku merasa cukup dengan keduanya. Sayidina Umar yang keras dan tegas melaksanakan hukum Allah berkata,"Sekiranya diberitahu bahawa semua orang masuk syurga kecuali seorang maka aku rasa akulah yang seorang itu". Dia merasakan dialah yang paling banyak dosa sebab itu dia sangat merendahkan diri pada rakyatnya. Ditanggungnya guni gandum di belakangnya dan dibawa ke rumah seorang janda bersama anak-anaknya yang ketiadaan makanan. Khadamnya meminta agar dialah yang menanggung guni
gandum itu lantas dijawab Sayidina Umar."Bukan engkau yang akan menanggung beban tanggungjawab di akhirat nanti".
Kesombongan manusia hari ini jarang dimuktamarkan sedangkan itulah punca bagi segala krisis di dunia ini. Penyakit yang bahaya ini jika dibiarkan melanda dunia tanpa usaha untuk mengubatinya maka akan ranplah dunia ini nanti dikerjakan oleh manusia yang sudah mengikut telunjuk dan sikap Iblis itu. Bila-bila masa saja Allah boleh hantar penyakit-penyakit bahaya pada kita bahkan bila-bila masa Allah boleh miskinkan kita jika Allah mahu. Sepatutnya kita takut dengan Allah, bila terbuat perangai sombong segeralah bertaubat jangan sampai Allah murka. Namrud yang kononnya hendak lawan Allah, baru nyamuk masuk telinga terus ke
kepala bermain-main di dalam otaknya itupun tewas terus mati masuk neraka. Firaun yang sombong mengaku dirinya Tuhan maka Allah belah lautan tenggelamlah ia mati dek air jadi bangkai yang tercampak.
Apalah dibanggakan kehebatan kita itu, dia tidak menyelamatkan kita malah mungkin kalau salah gayanya sebab nikmat itu boleh jatuh di dunia apalagi di akhirat........jatuh neraka hidup menderita. Kitakan dari setitis mani, air mani itu kan hina? kalau jatuh ke air itik pun tidak sudu di daratan ayam pun tak patuk. Maka kalau kita mahu sedar diuntung patutnya kita selalu menghinakan diri kita dan merasa hina untuk Allah sehina air mani. Kemudian bermurah hati dengan manusia, hiburkan manusia sebagaimana kita suka dihiburkan barulah orang suka dengan kita. Katakan selalu pada diri:"Wahai diri, engkau bagaikan sampah yang selau menyusahkan orang. Bila-bila masa Allah boleh buangkan engkau ke dalam bakul sampah-Nya iaitu Neraka Jahannam". Dan selawatlah pada Nabi sebanyak
mungkin setiap masa sebagai ubat untuk melembutkan hati.
"Tuhanku, aku tidaklah layak untuk syurgamu tetapi aku idak pula sanggup menanggung siksa nerakamu oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku.....ampunkanlah dosaku bahawa sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa
besar".
Bila nak berkomukasi, dia tak pernah nak fikir perasaan orang lain. Bila orang buat silap atau tak sejalan dengan fikrahnya, dengan pantas akan dicantas dengan kata-kata yang pedas, tanpa memikirkan mungkin orang yang dicantasnya tu tak sengaja atau tersilap, atau bukan itu yg di maksudkan?
wallahu'alam
“Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim)."
Posted by Siti Mardiana Bt Yaakob at Sunday, October 10, 2010 0 comments