BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

January 22, 2010

Tips mengenali Si Pembohong


” You jangan nak berbohong dengan i.. ” Semalam you yang ambil perempuan tu balik dari tempat kerja kan…….You ingat mata i nie buta ker………..? Selama nie ypu memang berbohong dengan i…x sangka…i ditipu……………….”

BERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN LELAKI ATAU PASANGAN MEMBOHONGI ANDA? ADA SAHAJA ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA ANDA MERASAKAN ADA SESUATU YANG DISELINDUNGKAN. ITU JIKA ANDA MENGESANNYA DENGAN LEBIH AWAL DAN ANDA TAHU DIA MEMANG SEDANG BERBOHONG. TETAPI BAGAIMANA PULA JIKA SI DIA SEDIKIT PUN TIDAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIA SEDANG BERBOHONG DAN ANDA TERUS-TERUSAN MEMPERCAYAINYA.
Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak.
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Berapa Tinggi IQ anda?????




CUBA selesaikan teka-teki berikut berikut menggunakan apa sahaja kaedah yanganda fikirkan terbaik.


1. Terdapat lima rumah dengan warna yang berlainan.
2. Dalam setiap rumah, terdapat seorang penghuni yang berasal 
dari negeri yangberlainan dengan penghuni lain.
3. Kelima-lima penghuni ini, gemarkan minuman, menghisap rokok dan membela haiwan peliharaan yang berbeza.
4. Tiada satu pun 
antara kelima-lima penghuni ini, membela haiwan, menghisap rokok dan minum minuman yang sama.
5. Pembayangnya adalah

A: Lelaki dari England tinggal di rumah berwarna merah.
B: Lelaki dari Sweden membela anjing.
C: Lelaki dari Denmark minum teh.
D: Rumah hijau terletak di sebelah kiri rumah berwarna putih.
E: Pemilik rumah hijau minum kopi.
F: Lelaki yang menghisap rokok 
Pall Mall membela burung.
G: Pemilik rumah berwarna kuning menghisap Dunhill.
H: Pemilik rumah yang di tengah-tengah minum susu.
I: Lelaki dari Norway tinggal di rumah yang pertama.
J: Lelaki yang menghisap rokok Blend tinggal di sebelah lelaki yang memelihara kucing.
K: Lelaki yang memelihara kuda tinggal di sebelah lelaki yang menghisap rokok Dunhill.
L: Penghisap rokok Blue Master meminum beer.
M: Lelaki dari German menghisap rokok Prince.
N: Lelaki dari Norway tinggal di sebelah rumah berwarna biru.
O: Lelaki yang menghisap rokok Blend berjiran dengan lelaki yang gemar minum air kosong sahaja.

Soalannya: Siapa yang membela ikan?
Keliru? Tidak faham ? Pening? Pasti ada antara kita yang ketika ini mencongak dan membayang untuk mencari jawapan teka-teki berkenaan. Mungkin ada juga yangmula melakar dia atas kertas untuk mencari jawapannya ataupun berbincang dengan teman.
Sebenarnya, jawapan kepada persoalan ini tidak penting, tetapi cara dan kaedah penyelesaiannya adalah yang utama.
Teka-teki berkenaan dicipta oleh saintis terkenal Albert Einstein yang mendakwa, 98 peratus penduduk di dunia ini tidak dapat menjawabnya dengan tepat.
Einstein terkenal kerana mengemukakan teori Kesetaraan jisim-tenaga (massenergy equivalence formula) iaitu atau e=mc .
Pun begitu artikel ini bukan mahu mengajak pembaca mengagung-agungkan Einstein, atau menyentuh mengenai teorinya, tetapi sekadar memberi contoh semata-mata.
Ada yang beranggapan ia memerlukan seseorang yang mempunyai IQ (Intelligent Quotient) tinggi untuk menjawab teka teki tersebut. Justeru, berapa tinggikah IQanda? 180, 170, 160 atau kurang daripada itu…
Umum beranggapan, sekiranya kita memiliki IQ tinggi, maka kita dikategorikan sebagai bijak pandai. Jadi, bijaksanakah Einstein? IQ lelaki kelahiran Jerman itu bagaimanapun tidak diketahui kerana dia tidak pernah mengambil ujian bagi menentukan jumlahnya, walaupun ada yang mendakwa ia hanya 140 sahaja.
Setiap manusia, apabila berdepan dengan permasalahan seperti teka-teki di atas, akan cuba menyelesaikannya menggunakan pelbagai kaedah, tidak kira sama ada akan berjaya ataupun tidak. Ia bergantung kepada bagaimana sesuatu permasalahan itu diselesaikan, kecerdasan minda, dan jumlah IQ mereka.
Sewaktu di sekolah dahulu, bagi mereka yang tidak gemar kepada matematik, pasti merungut jika belajar mengenai Algebra, Pengkamiran (Integration) atau Pembezaan (Differentiation).
“Buat apa belajar semua ini, bukan kita guna dalam hidup.” Itu antara rungutanyang sering kedengaran semasa belajar topik berkenaan.
Benar, kita tidak akan menggunakannya untuk makan, bersiar-siar, membeli belah, menonton televisyen dan sebagainya. Namun tanpa kita sedar, pembelajaran dan aplikasi subjek-subjek tersebut sebenarnya menajamkan kecerdasan otak.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI (MULTIPLE INTELLIGENCES THEORY)
Ujian IQ dan ujian-ujian berhubung kecerdasan manusia sebenarnya dibangunkan oleh seorang ahli psikologi dari Paris, Perancis, Alfred Binet pada tahun 1905.
Namun demikian, kajian yang memberi kesan mendalam terhadap pemahaman kitatentang tahap kecerdasan manusia ialah yang dijalankan oleh profesor di Universiti Harvard, Britain, Howard Gardner.
Menurut Gardner, ujian IQ hanya akan mengukur kemahiran berbahasa dan matematik seseorang, namun kemahiran lain seperti bermain muzik, pengamatan dan sebagainya tidak diambil kira.
Justeru, beliau mempersoalkan tindakan sekolah-sekolah dan institusi pengajian di Barat yang terlalu mementingkan ujian IQ pada pelajar mereka. Malah menurut Gardner, ia akan hanya membantutkan masa depan pelajar kerana nasihat dan pemilihan kerjaya pelajar juga dibuat berdasarkan IQ mereka.
Sementara itu, jelas Gardner, terdapat pelbagai kecerdasan lain yang patut diambil kira sebelum menyatakan seseorang itu cerdas ataupun bijak. Kemahiran yangdikenal pasti oleh beliau ialah lapan jenis kecerdasan manusia yang terdiri daripada:
(i) Linguistik / Bahasa
Berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang cerdas kemahiran linguistiknya kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara berkesan.
(ii) Logik/ Matematik
Melibatkan kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logik dan memproses sesuatu maklumat terutamanya statistik atau nombor.
(iii) Visual/ Spatial (Ruang)
Menyentuh tentang keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar atau rajah.
(iv) Pergerakan Badan / Kinestetik
Melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan pergerakan badan.
(v) Muzikal / Irama
Keupayaan mencipta muzik, rentak atau irama tertentu.
(vi) Pemahaman Alam
Melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan menghargai alam sekitar.
(vii) Emosional (Luaran)
Melibatkan kebolehan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan keupayaan oranglain serta bagaimana berinteraksi dengan orang ramai.
(viii) Emosional (Dalaman)
Keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan pengetahuan tersebut bagi meningkatkan potensi diri. Justeru, setiap individu dinilai mengikut kebolehan dan keupayaan tertentu, dan bukannya berdasarkan IQ semata-mata.
Namun demikian, berbanding kajian Gardner ini, ujian IQ lebih banyak digunakan di seluruh dunia dan diterima ramai termasuk di negara ini.
Antara contoh aplikasinya ialah ketika menentukan calon yang diterima masuk ke sekolah berasrama atau sekolah sains.
Contoh skala IQ yang biasanya diguna pakai adalah seperti yang berikut:
MATA IQ:
173 dan ke atas
KEBOLEHAN:
IQ sangat tinggi, tumpuan sangat dalam mengenai sesuatu hal

MATA IQ:
160-175
KEBOLEHAN:
Mata IQ yang istimewa

MATA IQ:
145-159
KEBOLEHAN:
Individu yang sangat berkebolehan

MATA IQ:
130-144
KEBOLEHAN:
Minda individu yang lebih daripada orang kebanyakan

MATA IQ:
115-129
KEBOLEHAN:
Bijak

MATA IQ:
80-114
KEBOLEHAN:
Individu biasa, orang kebanyakan

MATA IQ:
79 dan ke bawah
KEBOLEHAN:
IQ di bawah paras kebanyakan

MENSA
Di Malaysia, mereka yang mempunyai IQ tinggi dijemput menganggotai Mensa. Ia merupakan sebuah pertubuhan bebas yang dianggotai oleh mereka yangmempunyai IQ tinggi. Ia terdapat di seluruh dunia dan bukan hanya di negara ini.
Oleh kerana syarat yang ketat, hanya dua peratus penduduk sahaja layak menjadi ahli Mensa.
Untuk menjadi ahli pertubuhan ini, mereka harus mengambil Ujian Kemasukan Mensa atau Mensa Admission Test (MAT), dengan markah lulus tidak kurang 148 mata.
Jangan bimbang kerana ujian tersebut tidak memerlukan anda mempunyai kemahiran matematik tinggi atau pengetahuan am yang luas, sebaliknya hanya logik pemikiran. Dalam MAT, anda akan diuji dengan Ravens Advanced Progressive Matrices untuk menentukan tahap kemampuan IQ anda.
Soalan-soalannya tidak mengandungi bahasa yang berbelit-belit atau nombor-nombor kompleks, hanya gambar-gambar semata-mata.
Setiap soalan terdiri daripada lapan urutan gambar yang disusun dalam tiga baris dan lajur. Gambar terakhir (kanan, bawah) akan dibiarkan kosong untuk andamencari jawapannya.
Hanya ada satu jawapan yang betul daripada pilihan jawapan yang diberi. Calon diberi masa 40 minit untuk menyelesaikan 36 soalan yang disediakan. Markah penuh bagi ujian ini ialah 180.
Calon dinasihatkan untuk menyelesaikan soalan secara berurutan, iaitu bermula daripada yang pertama dan berakhir di ke 36. Sebaiknya jangan bermula daripadayang ke 36 kerana soalan yang pertama adalah yang paling mudah dan ke 36 adalah paling sukar.
Apa yang perlu dibawa semasa mahu menduduki ujian ini ialah kad pengenalan dan wang tunai RM35.00 sebagai bayaran pemprosesan.
Ujian akan diadakan pada Sabtu kedua setiap bulan di Dataran Glomac, Jalan SS 6/20, 47301 Petaling Jaya.
Keputusan ujian akan diketahui dalam tempoh dua minggu apabila ia dihantar kepada calon.
Mensa membuka keahliannya kepada semua rakyat Malaysia berusia sekurang-kurangnya 14 tahun.
Di negara-negara maju, rekod usia paling muda menyertai Mensa ialah seawal usia dua tahun, manakala yang tertua ialah 104 tahun. Selamat mencuba…

Stadium Solar Pertama Dunia








anak kambing berkepala manusia...



GAMBAR yang menjadi perbincangan di Internet menunjukkan seekor biri-biri memiliki wajah seperti manusia.


IZMIR – Seorang doktor haiwan di sebuah kampung di Turki, Erhan Elibol terkejut selepas dia mendapati terdapat seekor anak biri-biri memiliki wajah seperti manusia, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Anak biri-biri itu dikeluarkan menerusi pembedahan daripada ibunya.
Anak biri-biri itu yang mempunyai mata, hidung dan bibir seperti manusia.
“Saya pernah melihat anak lembu dan biri-biri yang dilahirkan dengan mempunyai tubuh yang pelik akibat proses mutasi seperti yang bermata satu, berkepala dua atau berkaki lima.
“Namun, apabila melihat anak biri-biri itu memiliki mata, hidung dan mulut seperti manusia, saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat,” kata doktor veterinar berusia 29 tahun itu.
Ramai pakar haiwan menganggap anak biri-biri yang mempunyai wajah mirip manusia itu berlaku kerana ibunya kekurangan zat vitamin A.
Menurut doktor itu, ibu biri-biri itu tidak dapat melahirkan anaknya itu secara normal menyebabkan pembedahan tersebut dilakukan.
Pada September tahun lalu, seekor anak kambing dilahirkan dengan mukanya mirip manusia dan hidup beberapa jam sebelum dibunuh dan dibakar oleh penduduk di sebuah kampung di Zimbabwe.
Gabenor di wilayah tempat anak kambing itu dilahirkan di Zimbabwe menyatakan kejadian tersebut berlaku akibat hubungan seks antara seorang lelaki dengan seekor kambing betina. – Agensi

Subhanaallah....Quran terbang dan melekat pada pintu Kaabah




Petikan warta perdana:
“Ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah al quran tiba-tiba kelihatan melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa mengejutan itu membuat ramai jemaah yang menyaksikan peristiwa itu menangis.




Saksi kejadian berkata pada malam jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca al quran dan sebaik saja sampai depan pintu kaabah, beliau di rempuh oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terbabas dan quran yang dipegang terlepas, tapi tidak jatuh malah melayang dan melekat di pintu kaabah.
Selepas seorang staff masjidilharam mengambil kembali al quran tersebut dan diturun kan dengan kayu, saksi-saksi berpeluang mencium alquran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi.”

January 18, 2010

ajl...dan rahsia..

kita tidak tahu dan perasan unsur-unsur ini diselitkan sekali pada acara itu. Subliminal Message, ya ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak lari daripada pengaruh Dajal ini.
Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:
“Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. - Riwayat Tarmizi

Mungkin ramai lelaki yang tidak perasan, yang mereka sendiri pernah memakai sutera. Ya, perkara ini pernah terjadi kepada penulis tanpa disedari. Bagaimana? Tali leher ataupun lebih dikenali sebagai tie yang didakwa oleh bishop pada artikel sebelum ini adalah tanda mereka yang berkhidmat untuk Benedictine Order. Banyak tali leher yang ada di pasaran sebenarnya diperbuat dari sutera dan tidak kurang baju kemeja para korporat. Dan kita memakainya sekaligus membenarkan sabda Rasullulah tentang tanda-tanda kiamat.
Kembali kepada tajuk asal kita. Unsur Masonic di AJL. Sebelum ini telah kami jelaskan tentang peranan artis dalam melaksanakan pelan-pelan Dajal di seluruh dunia. Berikut saya ambil kembali petikan artikel sebelum ini untuk memudahkan anda memahami perkara ini dengan lebih lanjut.
Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan industri hiburan ini.
1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Musik dan melalui inilah mereka dapat menyampaikan mesej-mesej rahsia (subliminal message) mereka kepada penduduk dunia dengan mudah menggunakan ‘puppet’ mereka ini.
2. Mewujudkan ‘The Trend-Makers’ seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, Sex Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan sebagainya adalah dari idol mereka ini.

3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi ‘puppet’ secara tidak mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.
4. Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.
5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program ‘Mind Control’ seperti MK Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.
Kemungkinan artis di Malaysia termasuk di dalam kategori ke 3 iaitu mereka tidak sedar mereka berkhidmat untuk Si Mata Buta ini. Berikut adalah screenshot yang kami ambil dari AJL baru-baru ini. Unfinished Pyramid, All Seeing Eye dan Checkered Floor jelas kelihatan bagi mereka yang peka dengan perkara sebegini.
Checkered Floor!





Artis Illuminati, Rihanna yang menggunakan Checkered Floor dalam persembahannya.

Mungkin bagi pembaca baru tidak mengetahui apa itu sebenarnya Checkered Floor atau lantai petak putih ini. Di sini saya terangkan serba sedikit apa itu lantai petak putih ini. Lantai ini digunakan oleh Mason-mason (Ahli Freemason) di dalam ritual-ritual mereka. Ini sebagai pertemuan antara 2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Mereka berhubung dengan syaitan-syaitan melalui lantai ini menggunakan sihir terlarang, Kabbalah. Kabbalah dan Freemason tidak dapat dipisahkan. Warna putih mewakili alam kita dan warna hitam mewakili alam ghaib.

Di Ibu Pejabat CIA




Di Lodge Freemason


Dewa Hindu sebenarnya ialah Syaitan yang menyesatkan manusia, perhatikan lantai hitam putih.

Sebelum ini kami telah mendedahkan tentang perihal kumpulan Dewa 19 yang banyak keraguan tentang siapakah mereka, bagi yang belum membacanya anda boleh Klik Sini! Di rumah vokalisnya, juga mempunyai lantai petak hitam putih ini. Sila tonton video klip dari The Lucky Laki, Superman dan perhatikan di akhir-akhir video ada ’scene’ Ahmad Dhani dan anaknya di rumah.



Joachim And Boaz dan Unfinished Pyramid!


Contoh paling mudah untuk Unfinished Pyramid, USD 1.

2 tiang Temple Of Solomon, Joachim and Boaz. Untuk artikel tentang Joachim and Boaz di sejadah, Klik Sini!


Rihanna dan Unfinished Pyramid


Mungkin ada pembaca baru yang tertanya-tanya apakah itu piramid yang belum siap atau lebih dikenali dengan Unfinished Pyramid ini. Unfinished Pyramid ini tidak siap kerana rancangan arkiteknya belum lagi siap sepenuhnya. Apakah rancangan arkitek tersebut? Rancangannya ialah untuk membuat manusia terus leka di atas dunia tanpa mengingati penciptanya. Dan apabila piramid itu siap, dengan segala pelan-pelan menjauhkan manusia dari penciptanya barulah arkitek piramid itu akan keluar. Siapakah arkiteknya? Jawapannya ada di atas unfinished pyramid itu sendiri. One Eye!

All Seeing Eye di AJL




Rasanya tidak perlu diterangkan maksud lambang ini kerana saya percaya pembaca sudah tahu apakah makna di sebalik lambang all seeing eye ini. Lambang ini sebenarnya ada di mana-mana cuma kita sahaja yang tidak perasan atau buat-buat tidak perasan. Sila baca artikel sebelum ini tentang All Seeing Eye ini.


Adakah semua ini kebetulan yang besar? Checkered Floor, All Seeing Eye, Unfinished Pyramid, Joachim and Boaz. Kami tinggalkan persoalan besar ini kepada anda untuk menilainya.

We Just Only Show You The Door But You The One That Will Choose It.

Pintu A: Teruskan dengan dunia anda sekarang dan terus berada di dunia yang cantik tetapi penuh dengan kepalsuan

Pintu B: Mulai sedar dari tidur yang lena dan berada di dunia yang nyata
Fikirkan semula