BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

March 27, 2010

SOALAN -SOALNN LAZIM...jawab ja macam nih


* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: “Tunggu bas ke?” Anda harus menjawab: “Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye”
Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: “Ko nak mandi ke?”
Jawab : “Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?”
* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: “Aik? tulis surat nampak?”
Jawab : “Oh ye ke? aku tak prasan ah…tangan aku bergerak sendiri”
* Anda sedang makan nasik dan orang tegur: “Makan nasik?”
Jawab : ” Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?”
* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: “Baru balik dari keje?”
Jawab : “Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie…opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis”
* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: “Eh kau sibuk ke?”
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.
* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: “Eh citer melayu ke?”
Jawab : “Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X…ko tunggu jap nanti otromen kuar”. 
:mrgreen: :mrgreen:

PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI..apa punyer tur la ...


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian , Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon ,
Suami bin Lelaki

FUNNY JOKE

TEMUDUGA SEKRETARI
Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya Ajoi untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada… Pengarah tersebut mengarahkan Ajoi menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya Ajoi melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.

Ajoi : “Kamu memohon sebagai apa?”
Calon 1 : “Sekretari”
Ajoi : “Kamu merasa cantik ke tak?”
Calon 1 : “lebih kurang macamtu la”
Ajoi : “Permohonan Kamu tidak diterima.”
Calon 1 : “Sebabnya?”
Ajoi : “Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok… ”
Calon 1 : “Sebenarnya saya merasa tidak cantik”
Ajoi : “Makin lah saya tidak terima.”
Calon 1 : “kenapa pulak ?”
Ajoi : “Buat sakit mata aje”
Admin – Kalau gitu kena senyap jer la :D :D
LIANA MEMALUKAN KELUARGA
“Sungguh memalukan!!”
“Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!”, Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.
“Menyesal ? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! … belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!” herdik bapak Liana.
“Sudahlah bang”, mak Liana menyampok, “Kita bincangkan sekeluarga.”
“Nak bincang aper lagi? … anak awak nie dah mengaku… … issshhh… … .” balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.
Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu… kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je… toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? … dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown?
Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah… dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon.
Liana dah nekad apa terjadi… . jadilah… .. Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.
Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata.
Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang… berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah… dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya… jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat… .. dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!… … .. dia terbang .
“Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I’ve made it!!!!!”, dia memekik keriangan.
Finally dia dapat melawan fobianya… dia dah no longer afraid of height… sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi… selama ini dia takut… .. ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang… dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya… . Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian.
Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani… . dia dah boleh terbang…

'Tugu manusia Tertinggi di Dubai...WAJARKAH IA DIBINA?


I hope this doesnt see light, and I dont think it will, visiondivision has proposed a project to build this huge statue in Zaabeel Park in Dubai, its called Al-Hakawati, Arabic for a storyteller, and it will feature a childrens library in its base and various spaces to read. A while back, Dubai Municipality rejected a proposal to build a tower that is shaped like a man wearing traditional clothes, it was ugly, at least thats what I thought.

March 19, 2010

Penyakit


Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan.
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka/keturunan.
Patologi merupakan ilmu kajian penyakit. Pengelasan penyakit secara saintifik pula dirujuk sebagai nosologi. Pengetahuan umum mengenai penyakit dan rawatan penyakit dikenali sebagai perubatan.
Praktik perubatan dahulu kadang kala membezakan penyakit, yang mempunyai sebab khusus atau beberapa penyebab (dikenali sebagai etiologinya), berbeza dari sindrom, yang merupakan himpunan tanda dan/atau simptom yang berlaku serentak. Perbezaan takrif ini didapati kurang tepat kerana kebanyakan sindrom telah berjaya dikenal pasti. Pada masa yang sama, banyak istilah perubatan yang menggambarkan simptom atau ketidaknormalan, mungkin dirujuk sebagai penyakit dalam banyak konteks, terutama sekiranya punca penyakit tidak dapat dikenal pasti.
Sesuatu keadaan boleh disahkan secara objektif, tetapi anggapan bahawa sesuatu "gejala"ialah penyakit bergantung pada pertimbangan nilai masyarakat. Sebagai contoh, pada masa kini, dalam kalangan masyarakat Amerika Utara, jumlah mereka yang menganggap masalah kebantutan dan obesiti sebagai penyakit telah meningkat sepanjang tempoh 40 tahun lalu, sebaliknya jumlah mereka yang menganggap homoseksual sebagai penyakit semakin berkurangan.
Sesuatu gejala dianggap sebagai penyakit oleh sesuatu kebudayaan atau dalam satu julat masa, tetapi bukan dalam semua kebudayaan atau era. Masalah kecenderungan menentang, masalah sukar menumpukan perhatian, dan masalah personaliti merupakan antara contoh gejala yang dianggap sebagai penyakit dalam masyarakat Amerika Utara kini tetapi tidak pernah dianggap sedemikian dalam kebudayaan Amerika abad lalu atau bagi masyarakat lain pada masa kini.
Kadang kala, sama ada sesuatu gejala dikira sebagai penyakit atau sindrom dan variasinya telah menjadi topik politik yang hangat lantaran kesannya kepada ekonomi dan masyarakat. Sebagai contoh, kejutan letupan (shell shock) dan masalah tekanan pascatrauma (post-traumatic stress disorder) merupakan telah dipolitikkan di Amerika Syarikat; demikian juga kecederaan pergerakan berulang (repetitive motion injury) di Australia.

Jenis jenis Penyakit

Salah satu kategori penyakit terbesar dan terkenal ialah penyakit berjangki yang' merupakan penyakit yang disebarkan oleh agen jangkitan/vektor seperti bakteria, fungi, parasit, virus, dan prion. Ada juga yang jenis penyakit yang disebarkan oleh protozoa dan cacing. Terdapat juga penyakit genetik yang disebabkan oleh kekurangan, keterlebihan, atau kecacatan gendalam DNA orang yang terbabit; penyakit toksik disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada toksin alam sekitar seperti logam berat; Penyakit kekurangan(zat) yang disebabkan oleh kekurangan zat dalam makanan tertentu; penyakit autoimun yang disebabkan oleh sistem pertahanan badan menyerang tisu badan sendiri; penyakit yang disebabkan oleh kepercayaan pesakit sendiri; dan penyakit yang menggabungkan jenas-jenis penyakit tersebut, termasuklah yang disebabkan oleh punca yang tidak diketahui.

[sunting]Penyakit berjangkit

Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit berjangkit

[sunting]Penyakit genetik

Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit genetik

[sunting]Penyakit autoimun

Untuk rencana lanjutan, lihat Penyakit Autoimun

[sunting]Penyakit toksik

Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit toksik
  • argiria, hepatitis alkohol; keracunan besi, iron poisoning; keracunan plumbum, lead poisoning; ...

[sunting]Penyakit kekurangan (zat)

Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit kekurangan zat
  • beri beri, riket, skurvi, kudis, anemia (kekurangan zat besi), ... (lihat juga vitamin dan garam mineral)

[sunting]Penyakit endokrin

Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit endokrin

[sunting]Sindrom dan penyakit oleh etiologi yang tidak diketahui, atau punca bercampur

[sunting]Ganguan neurologik dan sakit mental

Untuk rencana lanjutan, lihat gangguan neuronlogik dan sakit mental

[sunting]Sakit psikogenik

Untuk rencana lanjutan, lihat sakit psikogenik
  • sensitif terhadap bahan kimia, masalah dalam sosial, ...

[sunting]Sakit keadaan

Untuk rencana lanjutan, lihat sakit keadaan

[sunting]Organisasi yang Terlibat dalam Pengelasan Penyakit

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerbitkan senarai lengkap penyakit yang dikenali sebagai Klasifikasi Berstatistik Antarabangsa tentang Penyakit dan Masalah Kesihatan Berkenaan (ICD). Asalnya untuk menggambarkan penyakit dari segi perspektif kesihatan umum. Di Amerika Syarikat, kod ICD9 digunakan dalam tujuan insuran dan pengebilan dan secara umumnya dianggap lapuk dan tidak lengkap.
Penyakit Tay-Sachs (disingkat TSD, juga dikenali sebagai GM2 gangliosidosis atau Hexosaminidase Kekurangan) merupakan kecacatan genetik resesif autosom. Dalam varian yang paling umum dikenal sebagai kekanak-kanakan penyakit Tay-Sachs, hal itu tanpa henti menyajikan penurunan kemampuan mental dan fizikal yang bermula pada usia 6 bulan dan biasanya mengakibatkan kematian pada usia empat tahun. [1] Hal ini disebabkan oleh kecacatan genetik dalam satu gen dengan salah satu salinan kecacatan gen yang diwarisi daripada setiap orangtua. Penyakit berlaku ketika jumlah gangliosides berbahaya terakumulasi dalam sel-sel saraf otak, akhirnya menimbulkan kematian awal sel-sel tersebut. Saat ini tidak ada ubat atau rawatan. Tay-Sachs Penyakit ini jarang berlaku. Kelainan autosom lain seperti cystic fibrosis dan anemia sel sabit jauh lebih umum. Penyakit ini dinamakan selepas Inggeris Warren Tay doktor pakar mata yang pertama kali menggambarkan titik merah pada retina mata pada 1881, dan ahli saraf Amerika Bernard Sachs dari Gunung Sinai Hospital, New York yang menggambarkan pertukaran khidmat Tay-Sachs dan direkodkan sebagai peningkatan tersebar luasnya di Yahudi Eropah Timur (Ashkenazi) penduduk pada tahun 1887. Penyelidikan pada akhir abad ke-20 menunjukkan bahawa Tay-Sachs Penyakit ini disebabkan oleh mutasi genetik pada HEXA gen pada kromosom 15. Sejumlah besar mutasi HEXA telah ditemui, dan masih baru yang dilaporkan. Mutasi ini mencapai frekuensi yang signifikan dalam beberapa penduduk. Perancis Kanada di tenggara Quebec mempunyai frekuensi pembawa sama dengan orang-orang Yahudi Ashkenazi, tetapi mereka membawa mutasi yang berbeza.Banyak Cajun dari Louisiana selatan membawa mutasi yang sama yang paling sering terjadi pada orang-orang Yahudi Ashkenazi. Kebanyakan HEXA mutasi jarang, dan tidak berlaku pada populasi terisolasi secara genetik. Penyakit boleh berpotensi terjadi daripada warisan dua yang tidak berkaitan HEXA Mutasi pada gen.