BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

March 08, 2010

lawak...3x bacalah oi...


Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu.
Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.
Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;
Mula-mula seorang kerani biasa;
Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!
Kemudian, datang pula seorang supervisor;
Supervisor : Saya bulih balik awai ku t Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng…
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Kemudian Pengurus Syarikat pula mencuba;
Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati… Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!
Tiba pula giliran Anak Hantu;
Anak Hantu : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Anak Hantu : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Anak Hantu : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah! !
SUAMI MITHALI
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . ”
“Hello?”
“Abang, nie sayang nie,”
“Emmm… ”
“Abang masih ada di kelab lagi ke?”
“Iya.”
“Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?”
“Berapa harganya?”
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat”
“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu ”
“Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000 …”
“O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.”
“Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi…”
“Apa?”
“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu… sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . ”
” Berapa harga yang mereka minta?”
” Cuma $740,000… O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . .”
“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”
“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”
“Bye… I Love you too…”
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? “
PAK PANDIR DAN ITIK
Sebelah kebun Pak Pandir ada kolam besar dan banyak itik liar berkeliaran
Dalam hati pak pandir berkata…”kalo aku tangkap itik nie wat sup itik memang sodapppp”
Pak Pandik cuba nak tangkap, tak dapat. Puas dicubanya..tak dapat….
Dengan bengang lalu Pandir celup roti ke dalam kolam lalu makan. Pak Kadok nampak: “Kau buat apa?”
Jawab Pandir: “Aku cicah roti dengan sup itik” Hah hah haaaaa
KENAPA AKU LETIH BEKERJA
Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1..7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja… .
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja… .
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja…
Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku… .
Dari dua orang ini… awak SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung… jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…
Mana aku tak letih!!
P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
MAK...ROS NAK PAKAI TUDUNG

lokasi : rumah flet dewan bandaraya
pelakon : – aku didalam bilik
- jiran sebelah umah yg baru pindah ( mak dan anaknya)
waktu : time2 baru balik kijer
aku baru balik dari kijer pade petang tuh…penat yang amat dirasai di segenap otot aku yg perkasa dan perot aku yang single pack nih meruntun minta di isi. so aku pon decide nak semayang maghrib dulu baru aku g makan. time aku nak mandi tuh aku terdengar perbualan jiran sebelah yang baru saja pindah.aku tak sempat beramas mesra g ngan diorang disebabkan kesibukan di kota besar membuatkan aku hanya free di ujong minggu, itupon kalo x der over-time.dari ape yg aku dgr dari pebualan diorang, jiran aku tuh seorang ibu dan seorang anak. aku terdengar perbualan diorang, dan suara tangisan seorang anak kepada ibunya.
“mak….isk isk…..ros nak pakai tudung…isk isk”
“mak dah cakap byk kali kan, x boleh, x boleh la….”
“sampai hati mak….isk…isk”
dikala itu hati aku berkate, ish zaman sekarang nih…anaka nak pakai tudong pon mak x kasik…aper punyer mak da … so aku pon sambong g mandi…pas mandi akupon semayang maghrib. semasa aku menadah tangn untk berdoa ke hadrat Ilahi…aku terdengar lagi perbualan ibu dan anak itu lagi…kali ini agak keras sedikit dari yang tadi.
“Ros x kire….ros nak pakai jugak tudong……ros nak tutop aurat!!!!”
“kau nih dah pandai melawan cakap aku yerk!!! anak x ngenang budi!!! 9 bulan aku ngandungkan ko….ini yg ko balas pada aku..”
masyaallah… sampai ke tahap begitu sekali mereka nih….mak marah anak sampai mengungkit hanya tak bagi anak nya bertudong…aper salahnyer nak betudung…sekarang maksiat berleluasa…bagus la tuh pakai tudong. aku pon menadah tangan berdoa supaya si mak dapat hidayah dan membenarkan anaknya bertudung. selesai jer aku berdoa, aku dengar lagi anaknya memujok maknya
“mak…mak x sayang ke kat ros….kalo mak sayagkan satu2nye anak mak nih…benarkan lah ros pakai tudong”
dan pujokan ank itu pasti dapat melembutkan hati mak nya…lalu maknya berkata
“ros anak ku….bukan mak x bagi kau memakai tudong…tapi BAWAKLAH BERTAUBAT ROSLI OI…!!! TUDONG TUH UNTK ORG POMPUAN……KO MANER BOLE PAKAI…MANER LA AKU NAK LETAK MUKE AKU NIH!!!!”
CHEH!!! wat penat jerk aku kesian kt si ros tuh……..

0 comments: