BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

March 17, 2010

Lawak...Lawak...wakakakakaa


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat Rajin belaka tidak ada yang malas.
MANUSIA PALING MALAS
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari Seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku paling malas.
Katanya : saya adalah yang paling malas
Raja pun bertanya : apa tahap malas awak?
Lalu jawab lelaki tersebut :kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya.
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : Saya lebih malas lagi dari dia tuanku.
Tuanku pun bertanya kepadanya : sampai mana pulak tahap malas awak?
Maka jawabnya : Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan.
Maka raja pun terdiam?
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata:
Saya lah yang paling malas tuanku.
Raja pun bertanya, : bagaimana pula tahap kemalasan awak?
budak itu pun menjawab : Nak cite pun malas.
KAH . KAH . .KAH . .!!!!!!!!!
BERITA BAIK.....KEPUTUSAN SPM
“Tahun ini ada berita baik, Ayah!” ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.
“Berita baik apa?” tanya ayahnya.
Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti.” jawab si anak.
“Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?” tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.
“Bukan Ayah! Saya … tidak lulus!!” jawab anaknya dengan selamba.
ANGKAT KAIN AMBIL GAMBAR
Ajoi baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya.
Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.
Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Ajoi naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Ajoi mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.
Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Ajoi terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang.
Ajoi tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Ajoi berkata,
Kak Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar

0 comments: