BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

August 10, 2010

Apa itu leptospirosis...simptom dan pencegahan...................





Apakah itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan
 oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara 
langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.
PENYEBAB
Tikus merupakan perumah pertama yang dikenalpasti sebagai 
pembawa bakteria ini. 
Leptospirosis kemudiannya merebak kepada manusia secara 
terus melalui air kencing haiwan ini yang telah dijangkiti 
oleh bakteria leptospira atau melalui perumah kedua
 iaitu haiwan mamalia lain seperti anjing, rusa, arnab, tupai 
dan haiwan ternakan 
seperti lembu, kambing, kuda dan kerbau yang telah dijangkiti
 oleh penyakit ini.
 Leptospirosis juga boleh merebak kepada manusia lain melalui 
darah yang dijangkiti
 virus ini dan juga cecair badan.

Bakteria Leptospera

GEJALA

Seseorang yang dijangkiti bakteria leptospira biasanya 
akan mengalami gejala seperti 
demam yang tinggi, sakit kepala, sakit otot, muntah dan 
merah mata. 
Walaubagaimanapun, terdapat juga pesakit yang tidak 
mengalami gejala yang
 disebutkan dan ini menyukarkan diagnosis.

Penderita Leptospirosis yang parah akan mengakibatkan 
kepada kegagalan ginjal, 
kerosakan hati yang mengakibatkan penyakit 
kuning (jaundice), pendarahan kulit 
serta boleh mengakibatkan pembengkakan 
selaput otak (miningitis). Pesakit 
akan menunjukkan simpton ini dalam tempoh
 4-14 hari tempoh matang. 
Kematian akan berlaku sekiranya pesakit lewat 
menerima rawatan.

PENCEGAHAN

Untuk individu yang berinteraksi secara langsung 
dengan pesakit atau haiwan peliharaan :

1. Gunakan pelindung seperti sarung tangan, masker, 
pelindung mata,
 jubah steril dan kasut kedap air;
2. Tutup luka pada kulit;
3. Bersihkan badan setelah melakukan sebarang aktiviti
 (mandi, cuci tanga dan kaki);
4. Cuci tangan sehingga bersih sebelum anda makan.

Kepada yang lainnya :

1. Elakkan berenang atau bermain di air yang kotor 
kerana dikhuatiri tercemar 
oleh bakteria leptospira;
2. Tutup luka agar kedap air ketika mengendalikan 
tanah, air atau lumpur;
3. Cuci tangan dan tempat makan sebelum digunakan;
4. Jaga kebersihan lingkungan persekitaran agar 
tiada genangan air dan jauhkan
 barang-barang dari tikus.

Segera lakukan pemeriksaan di hospital berdekatan 
sekiranya anda mengalami
 gejala yang disebutkan di atas.

Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam
 kematian yang disebabkan oleh penyakit Leptospirosis 
dan Melioidosis. Akhbar-akhbar tempatan mula membangkitkan
 isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan bahawa
 penyakit ini adalah penyakit baru dan
 misteri di Malaysia. Pendapat ini adalah salah!
 Leptospirosis bukanlah penyakit baru di 
Malaysia, tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku.
Apakah itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan 
oleh patogen genus Leptospira, 
yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung 
daripada haiwan kepada manusia.
Leptospirosis di Malaysia?
Leptospirosis di Malaysia telah dikesan buat pertama
 kalinya pada tahun 1925 oleh 
seorang saintis bernama Fletcher W. Setelah itu, para 
saintis telah membuat kajian
 yang lebih terperinci bagi menjejaki kes-kes Leptospirosis 
di Malaysia. Sebagai rumusan, 
para saintis mengumumkan bahawa penyakit Leptospirosis
 amerupakan endemik di negara
 kita pada waktu tersebut.
Kes pada tahun 1925 tersebut merupakan kes yang 
membawa maut (fatal case) 
yang disebabkan oleh bakteria 
Leptospirosis icterohemorrhagiae Fletcher W. juga telah
 mengenal pasti serotip-serotip lain daripada genus
 Leptospira di dalam sampel-sampel 
biologi daripada 21 orang pesakit. Pada tahun 1926 
pula empat kes telah dikesan 
di Singapura (yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaysia)
 oleh saintis Galloway. 

Pada peringkat awal penyakit ini dikesan di Malaysia, 
kebanyakan pesakit menunjukkan 
simptom demam kuning (jaundis), manakala dalam 
kalangan askar pula, simptom yang 
ditunjukkan adalah demam panas.
Bilangan kes dan kematian yang disebabkan oleh 
Leptospirosis pada waktu itu sangat 
membimbangkan. Para saintis telah menggelar penyakit ini sebagai penularan 
penyakit baru dalam kalangan masyarakat Malaya.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, 
sebanyak 527 kes 
leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula,
 terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita
 kematian enam individu akibat
 Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, 
Maran. Terbaru, sebagaimana
 yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang 
anggota bomba merupakan
 korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan
 angka korban yang kelapan dalam 
sela masa kurang sebulan.  
Apakah penyebab Leptospirosis?
Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif 
dari genus Leptospira. Leptospira
 pertama kali dikenal pasti sebagai penyebab 
Penyakit Weil di Jepun, yang biasa 
berlaku ke atas pelombong arang batu. Genus Leptospira
 mempunyai 
sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan
 hubungkait DNA dan lebih 
daripada 300 serotip berdasarkan ujian makmal.

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis
 merupakan penyakit berjangkit 
paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan 
haiwan di dunia. Penyakit Weil 
pula adalah sejenis Leptospirosis tahap serius.
Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi 
reservoir kepada bakteria ini?
Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir
 dan anjing sering menjadi reservoir 
utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang 
telah dijangkiti dengan 
Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui
 air kencingnya secara 
berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama
 berbulan-bulan. Terdapat 
ada juga kes yang dilaporkan hingga bertahun-tahun
 haiwan itu masih boleh merembes
 bakteria tersebut. Malahan, haiwan yang telah 
mendapat vaksinasi juga boleh 
merembeskan bakteria ini melalui air kencingnya.   
Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?
Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara 
langsung mahupun tidak langsung melalui 
pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa 
tersebut. Bakteria genus Leptospira
 ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, 
kulit  yang melecet dan melalui membran 
bermukus seperti mata, hidung dan mulut. 

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani
 haiwan yang dijangkiti. Pekerja rumah
 penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan 
dengan cecair badan dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada
 air, makanan atau tanah yang 
mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. 
Ini juga mungkin berlaku 
dengan menelan makanan atau air yang dicemari,
 atau melalui sentuhan luka pada kulit

Leptospirosis yang sering menerima jolokan demam
 `swamp’ atau lumpur, ini mulai
 ‘membina reputasi’ sebagai penyakit pekerjaan
 dalam kalangan tukang paip dan
 pekerja loji kumbahan sekitar tahun 1883. Lantas 
tidak hairanlah apabila 
kira-kira 30 hingga 50 peratus daripada kes 
Leptospirosis yang melibatkan manusia berlaku
 di tempat kerja.Walaupun Leptospirosis dilabelkan
 sebagai penyakit pekerjaan 
(occupational disease)
 tetapi di negara-negara endemik, aktiviti rekreasi 
dan pengembaraan boleh menjadi
 faktor risiko utama pendedahan kepada bakteria 
genus Leptospira ini. Selain itu, 
orang awam juga boleh terdedah kepada bakteria ini
 melalui permukaan air bertakung, 
terutamanya selepas hujan dan banjir. Kawasan 
yang kotor dan tidak terjamin tahap 
kebersihannya, adalah lebih berisiko tinggi
 untuk menjadi kawasan Leptospira.

Jangkitan daripada manusia kepada manusia 
lain bagi penyakit ini jarang berlaku.
 Tetapi Leptospirosis ini masih boleh menular 
melalui hubungan seksual dan melalui 
penyusuan badan. Bakteria Leptospira masih
 boleh menjangkiti manusia lain 
melalui urin walaupun setelah berbulan-bulan
 selepas jangkitan.

Oleh kerana terdapat pelbagai jenis serotip 
bakteria Leptospira, maka seseorang 
pesakit yang telah sembuh daripada penyakit
 Leptospirosis boleh dijangkiti dengan 
strain lain dan boleh terus menyebarkan penyakit itu lagi.
Apakah tanda-tanda dan
 simptom-simptom Leptospirosis?Petanda-petanda seperti demam panas, 
sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, 
cirit-birit dan mata merah merupakan antara 
simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis. 

Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata 
terhadap cahaya mula menyerang
 beberapa hari setelah simptom-simptom 
di atas mula reda. Penglihatan pesakit 
pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom
 ini boleh berlanjutan sehingga 
beberapa hari dan mungkin juga berterusan
 selama berminggu-minggu.

Simptom-simptom leptospirosis lazimnya
 kelihatan begitu umum dan pesakit
 biasanya beransur pulih selepas kira-kira 
lima hari. Jadi, tidak 
mustahil pada kebanyakan masa, ia sering 
disalahdiagnosiskan sebagai 
demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain. 

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. 
Ini merangkumi Penyakit Weil,
 yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan 
pada kulit dan selaput
 lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan
 pendarahan di paru-paru 
juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun 
boleh membawa maut.
Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?

Proses penyembuhan Leptospirosis memakan 
masa yang lama. Pesakit-pesaki
t Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan 
kronik yang berlarutan selama
 berbulan. Malah, ada juga pesakit yang 
mengalami depresi dan sakit
 kepala yang berterusan. Kadangkala bakteria
 Leptospira ini boleh tinggal
 di dalam mata untuk satu masa yang lama dan 
mengakibatkan radang mata yang serius dan kronik.
Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?
Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan 
seperti pekerja zoo, veterina
r dan mereka yang membela haiwan peliharaan
 adalah termasuk dalam
 golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat 
Leptospirosis. Selain itu, 
mereka yang bekerja sabagai peladang, pekebun 
dan rumah penyembelihan
 juga berisiko tinggi untuk terdedah kepada air,
 lumpur, tanah yang telah 
dikontaminasi oleh urin haiwan yang telah dijangkiti. 

Golongan penggemar aktiviti sukan air atau 
rekreasi juga mempunyai risiko 
pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan 
oleh urin haiwan pembawa seperti
 tikus, anjing atau khinzir.

Ada juga kajian dari Australia yang mengatakan 
bahawa lelaki adalah lebih
 kerap dijangkiti Leptospirosis berbanding wanita.  
Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan
 penyakit ini?
Seseorang doktor mungkin mengesyaki
 Leptospirosis pada seorang pesakit 
yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas
 terdedah pada urin haiwan 
pembawa tersebut. Leptospirosis hanya
 boleh disahkan melalui ujian darah
 yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospira. 

Untuk membuat diagnosis Leptospirosis,
 dua ujian darah berasingan perlu diambi
 dalam tempoh lebih daripada dua minggu. 
Selain itu, bakteria Leptospira juga 
boleh didapati dari darah, cecair tulang 
belakang kepada otak dan air kencing.
Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?

Leptospirosis adalah penyakit yang boleh 
dielakkan. Beberapa tip langkah 
penjagaan boleh diamalkan bagi 
mencegah pendedahan kepada bakteria Leptospira.
Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang 
kalis air sebelum anda 
memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau
 tempat-tempat yang berpotensi untuk
 pendedahan kepada bakteria ini 

Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, 
pelindung mata atau gogel, apron
 dan but apabila bekerja di ladang ataupun bekerja 
dengan haiwan-haiwan 
yang berpotensi untuk dijangkiti dengan Leptospira, 
terutamanya apabila anda 
berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.

Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja 
di ladang dan kebun

Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa
 berada berhampiran dengan
 haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun
 semasa bekerja di kebun/ladang 
yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah 
dikontaminasi dengan bakteria tersebut.

Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat 
yang berkemungkinan 
dicemari oleh urin haiwan

Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan
 memastikan kebersihan
 yang optimum. Buang semua sampah sarap dan
 kemaskan buangan sisa 
makanan, bagi mengelak kehadiran tikus

Sebelum minum atau membuka makanan
 di dalam tin, pastikan anda 
membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan 
dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa 
Leptospira ketika di dalam stor.

Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada
 Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda 
daripada dijangkiti bakteria Leptospira. 

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik 
seperti doxycycline 
atau penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil 
masa yang lama dan pesakit 
boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu. 
Oleh itu, doktor akan 
memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik 
sebelum mengesahkan 
pesakit dengan Leptospirosis. Rawatan antibiotik
 adalah kaedah yang paling 
efektif untuk Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.

0 comments: