BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

October 18, 2010

KU ADA KAMU




Di kala ku kehilangan

Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

12 barisan golongan yang mengadap ALLAH dalam keadaan yang.....insaflah wahai manusia....




Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan &tanpa berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

BACALAH YASSIN
RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

October 10, 2010

kuman seberang laut nampak...gajah depan mata buat2 tak nampak.....


 gajah vs kuman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua,


Malam-malam macami nih entahlah rasa macam nak buat cerita sedih


tapi tak lah sedih sangat sampai meleleh air mata


hanya 'gajah-gajah' saja yang bisa mengerti


mungkin juga semasa membaca monolog nih perasaan sedih dah tiada lagi

kalau ikutkan tajuk ada dua subjek utama iaitu gajah dan kuman, kuali tu cuma predikat jer (sedang cuba memahami istilah bahasa yang dah lama ditinggalkan)
mmmmm...iklan....tipon plak bunyi....memang tengah tunggu pun...si suami balik dari perantauan....ler baru kat tapah....lambat lagi ler....mataku pun dah layu....tapi mengebabgkan gajah2 ni.....
Gajah depan mata:


buatlah kebaikan sebanyak mana pun orang tak kan nampak


yang nampak kalau ada t**k jer... sedihkan...


dah penat buat kerja tolak balak, tarik kayu dan bagai lagi


taklah nampak dek mata...buta ker happpa..... 


kesimpulan - gajah perlu ikhlas buat kerja kerana gajah taklah secantik mana ngan kulit yang kasar dah tu warna pun tak cantik... sabar yer gajah, tak usah berdukacita kerana jasamu tetap dikenang.






Kuman seberang laut:


kuman(jenis parasitlah)  sering dianggap mendatangkan wabak dan penyakit


mungkin kerana itu manusia sering berhati-hati


walaupun kuman sukar dilihat, tapi sikit jer baiknya dah nampak


baik sangat ke kuman tu


dan laut mana pulak yang membersihkan kuman tu.


kesimpulan - lantak kat kau la kuman, jangan kacau kerja gajah sudah...


ada masa gajah juga akan pergi jauh


ada ketika juga gajah akan jadi hipokrit (bukan berdendam jer, cuma kecewa)






Jumpa dalam kuali:


kalau masa-masa tertentu gajah dan kuman akan bertemu


mungkinkah dalam kuali


oh tidak....buat apa?


kat tempat lain ler...Monolog  sebuah penghargaan buat kuman seberang laut dan gajah depan mata, semoga tiada lagi dukacita buat gajah yang kuat dan gagah


sekian..........

Kenapa kadang-kadang ade manusia yang rasa diri dia tu hebat? adakah sebab dia rasa dah bnyk sgt pengalaman dalam sesuatu perkara ?kadang2 tiada signifikan pun apa yang diucapkan.....wallahu'alam



Penyakit Ego

Apabila seseorang manusia itu alim iaitu banyak ilmu dan lebih dari orang lain samada ilmu dunia dan akhirat, dan apabila seseorang itu berpangkat besar atau bila seseorang itu otaknya lebih daripada orang lain atau bila seseorang itu kaya atau keturunan mulia dan ternama seperti raja, ulama, orang besar dan bila seseorang itu berkelulusan tinggi dan bila seseorang perempuan itu cantik dan bila seseorang lelaki itu gagah maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabur hingaplah pada hatinya. Sedar atau tidak
sedar, sengaja atau tidak sengaja.



Sebab apabila seseorang itu mampu, berkebolehan, berjaya, istimewa, lebih dari orang lain maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri kepada Allah SWT dari hati nuraninya. Maka ruang yang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar, rasa istimewa, rasa tuan bahkan rasa Tuhan. Maka apabila hati sudah jadi begitu meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina maka sombonglah ia , angkuh dan takaburlah ia. Samada secara sengaja dan dirancang ataupun bukan secara dirancang dan tidak disedari.



Sebab ada orang apabila tahu dia istimewa maka dia pun
mengaturlah hidupnya sebagai orang yang istimewa dan
berusahalah dia menjaga statusnya. Sebaliknya ada pula
orang yang sedar keistimewaan dirinya tetapi kerana
dia faham ajaran Islam maka tidaklah mahu ia membesar-besarkan dirinya. Tapi oleh kerana taqwanya lemah maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu dari bertindak dengan perangai orang orang yang sombong dan takabur dan dia tidak mahu sebab dia tahu sikap itu dosanya besar tetapi dia tidak dapat melawan nafsunya. Maka termasuklah juga ia di dalam senarai orang yang sombong, ego dan takabur.





Sifat mazmumah (yang sangat dibenci) oleh Allah ialah penyakit ego (sombong) sebab ego itu membawa implikasi yang sangat
 buruk. Iblis laknatullah kerana penyakit ego telah derhaka kepada Tuhan. Firman Allah:-



Terjemahannya: "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takabur dan ia termasuk golongan orang-orang kafir". (Surah Al-Baqarah : 34 )



Kerana merasa dirinya lebih istimewa daripada Adam, dia lebih mulia, lebih pandai, lebih senior dalam syurga maka sepatutnya dialah yang menjadi ketua dan orang lain sujud kepadanya. Tiba-tiba Allah meminta dia sujud pada Adam yang dipandang rendah itu hatinya menolak dia lupa dia hamba Allah, keistimewaan itu pemberian Allah yang mana kalau Allah tarik kesemuanya kembalilah ia selaku hamba yang dhaif. Hatinya yang sudah dikuasai rasa hebat diri itu sudah cukup keras hingga dia tidak dapat sujud ketika Allah perintahkan ia berbuat begitu. Sombongnya ia dan mendapat


kemurkaan Allah lalu Allah menarik balik pinjamanNya pada Iblis lantas dihukum buang dari syurga ke satu tempat buangan yang susah dan hina iaitu di dunia ini. Namun Iblis sangat sombong sudah dihukum pun dia tidak mahu merendah diri juga bukannya dia minta ampun dengan Tuhan untuk sujud pada Adam malah dimintanya untuk menghasut dan menggoda manusia supaya manusia semua kufur dengan Allah dan masuk neraka.



pernah juga Iblis memberitahu Nabi Musa a.s yang dia ingin bertaubat lantas Nabi Musa bertanya kepada Allah bagaimana caranya Iblis boleh bertaubat. Allah berfirman minta dia sujud di kubur Nabi Adam, mendengar itu dengan sombongnya Iblis pun bangun dan berkata. 'waktu Adam hidup pun aku tidak sujud padanya inikan pula waktu dia sudah mati! tidak jadilah aku bertaubat', kata Iblis. Begitu sekali kesombongan Iblis, dia cukup kenal Allah, sudah nampak api neraka namun kesombongannya membuatkan dia pandang kecil pada Allah. Maka sekarang Iblis pun mengamuklah di tengah
manusia untuk menjahanamkam anak cucu Nabi Adam agar
semuanya masuk neraka bersamanya.



Beberapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi seperti hati Iblis. Merasa diri istimewa hingga memandang rendah pada orang lain, kalau ditegur melenting bahkan mencabar orang yang menegur hinggakan demi memuaskan hati sanggup melakukan dosa-dosa yang boleh tercampak diri ke neraka. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi:



"Kibir atau sombong itu selendangKu. Sesiapa yang memakai selendangKu nescaya dia tidak akan mencium bau syurga".



Itulah sombong namanya iaitu perangai Iblis, akhlak
terkutuk dan siapa memilikinya maka nerakalah tempatnya. Rasulullah SAW dan para sahabat serta para ambia' dan solehin (orang soleh) sangat tawadhuk orangnya yakni merendah diri sesama manusia.



Firman Allah dalam Al-Quran:


Terjemahannya: "Telah lahir Rasulullah di kalangan kamu, sangat susah dengan kesusahan kamu dan menginginkan keselamatan bagi kamu dan penyayang dengan orang-orang mukmin". (Surah At-Taubah:128)



Itulah hati orang yang tawadhuk yang rasa dirinya hamba Allah dan orang lain adalah saudara-saudaranya yang dikasihinya. Dia tidak merasa dirinya lebih dari orang lain walaupun dia telah diangkat oleh Allah menjadi kekasih Allah manusia paling mulia dan paling tinggi pangkatnya, terkenal namanya, luas pengaruhnya tetapi dia rasa dia hamba Allah seperti juga orang lain. Kalau dia tidak mahu susah orang lain pun tidak mahu susah, kalau dia tidak mahu dimalukan, dimarah, dicaci dan dihina orang lain pun begitu juga. Kalau dia suka kepada keselamatan dan kebahgiaan maka orang lain pun turut demikian. Begitu dia menimbang perasaan orang sebab dia mengasihi orang lain seperti mana dia kasihkan dirinya. Hasilnya Rasulullah sangatlah menyayangi dan menghibur sahabat-sahabatnya dan seluruh orang-orang mukmin. Pada orang yang memusuhi beliau didoakan, "Wahai Tuhan berilah petunjuk kepada


kaumku kerana mereka tidak mengetahui". Sebab itu Rasulullah boleh duduk dan bermesra dengan kasih sayang dengan orang-orang miskin dan orang-orang kekurangan malah baginda memohon kepada Allah :



"Jadikanlah aku orang miskin, matikanlah aku dalam kemiskinan dan masukkanlah aku dalam syurga bersama-sama orang-orang miskin". (Hadith Riwayat Tarmidzi)



Begitu hati Rasulullah dia tidak rasa yang dia istimewa dan hebat walaupun segala keistimewaan Allah limpahkan kepadanya, Sebab padanya keistimewaan itu semuanya hak Allah kerana itu baginda cukup hati-hati dengan nikmat itu malah dia takut ketika isterinya Siti Aisyah Ummul Mukminin bertanya."kenapa tuan bersusah-payah begini sekali beribadah pada Allah hingga bengkak-bengkak kaki dan terjatuh-jatuh? bukankah tuan sudah dijamin selamat di akhirat bahkan disediakan syurga paling tinggi untuk tuan?". Lantas dijawab baginda,"terpulanglah pada Tuhan untuk buat atau beri apa saja pada hamba-Nya ini, namun aku adalah hamba-Nya yang lemah dan kurang segala-galanya yang patut menyerah diri sepenuhnya pada Tuhanku itu".



Didalam kitab diriwayatkan suatu kisah bagaimana Alah bertanya kepada pesuruh-pesuruh-Nya: "Musa, engkau siapa?" Jawab Nabi Musa,"Ana Kalamullah". "Ibrahim, engkau siapa?" Jawab Nabi Ibrahim,"Ana Khalilullah". "Isa, engkau siapa?" Jawab Nabi Isa, "Ana Rohullah". Kemudian Allah bertanya kepada Nabi kita,"Muhammad, engkau siapa?"


Jawablah Rasulullah dengan rendahnya."Ana yatim". terus Allah menyahut,"Engkau kekasihku, Habibullah".



Orang yang merendah diri Allah angkat setinggi-tingginya. Rasulullah boleh makan sedulang dan duduk sebelah-menyebelah bertindih lutut dengan orang dusun yang selekeh, miskin, fakir di majlis makan baginda. Baginda bagaikan seorang ayah yang kasihnya lebih pada anaknya yang cacat dan lemah. Itulah Nabi kita yang patut kita contohi dan hayati agar benar-benar kita menjadi pengikutnya dan pewarisnya. Dan rupanya roh baginda yang terus hidup


itu memandang kita dengan penuh kasih rindu dan supaya


disyafaatkan kita nanti di hari kiamat.



Sayidina Abu Bakar habis harta bendanya dikorbankan untuk perjuangan Islam kemudian dia berkata,"Yang tinggal padaku hanyalah Allah dan Rasul dan aku merasa cukup dengan keduanya. Sayidina Umar yang keras dan tegas melaksanakan hukum Allah berkata,"Sekiranya diberitahu bahawa semua orang masuk syurga kecuali seorang maka aku rasa akulah yang seorang itu". Dia merasakan dialah yang paling banyak dosa sebab itu dia sangat merendahkan diri pada rakyatnya. Ditanggungnya guni gandum di belakangnya dan dibawa ke rumah seorang janda bersama anak-anaknya yang ketiadaan makanan. Khadamnya meminta agar dialah yang menanggung guni


gandum itu lantas dijawab Sayidina Umar."Bukan engkau yang akan menanggung beban tanggungjawab di akhirat nanti".



Kesombongan manusia hari ini jarang dimuktamarkan sedangkan itulah punca bagi segala krisis di dunia ini. Penyakit yang bahaya ini jika dibiarkan melanda dunia tanpa usaha untuk mengubatinya maka akan ranplah dunia ini nanti dikerjakan oleh manusia yang sudah mengikut telunjuk dan sikap Iblis itu. Bila-bila masa saja Allah boleh hantar penyakit-penyakit bahaya pada kita bahkan bila-bila masa Allah boleh miskinkan kita jika Allah mahu. Sepatutnya kita takut dengan Allah, bila terbuat perangai sombong segeralah bertaubat jangan sampai Allah murka. Namrud yang kononnya hendak lawan Allah, baru nyamuk masuk telinga terus ke


kepala bermain-main di dalam otaknya itupun tewas terus mati masuk neraka. Firaun yang sombong mengaku dirinya Tuhan maka Allah belah lautan tenggelamlah ia mati dek air jadi bangkai yang tercampak.





Apalah dibanggakan kehebatan kita itu, dia tidak menyelamatkan kita malah mungkin kalau salah gayanya sebab nikmat itu boleh jatuh di dunia apalagi di akhirat........jatuh neraka hidup menderita. Kitakan dari setitis mani, air mani itu kan hina? kalau jatuh ke air itik pun tidak sudu di daratan ayam pun tak patuk. Maka kalau kita mahu sedar diuntung patutnya kita selalu menghinakan diri kita dan merasa hina untuk Allah sehina air mani. Kemudian bermurah hati dengan manusia, hiburkan manusia sebagaimana kita suka dihiburkan barulah orang suka dengan kita. Katakan selalu pada diri:"Wahai diri, engkau bagaikan sampah yang selau menyusahkan orang. Bila-bila masa Allah boleh buangkan engkau ke dalam bakul sampah-Nya iaitu Neraka Jahannam". Dan selawatlah pada Nabi sebanyak
mungkin setiap masa sebagai ubat untuk melembutkan hati.
"Tuhanku, aku tidaklah layak untuk syurgamu tetapi aku idak pula sanggup menanggung siksa nerakamu oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku.....ampunkanlah dosaku bahawa sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa
besar".


Bila nak berkomukasi, dia tak pernah nak fikir perasaan orang lain. Bila orang buat silap atau tak sejalan dengan fikrahnya, dengan pantas akan dicantas dengan kata-kata yang pedas, tanpa memikirkan mungkin orang yang dicantasnya tu tak sengaja atau tersilap, atau bukan itu yg di maksudkan?
wallahu'alam

“Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim)."





August 31, 2010

sekitar sn n math week 20101











August 15, 2010

AWAS!!! KASUT DIPERBUAT DARI KULIT BABI MURAH & TERHANGAT DI PASARAN…



AWAS!!! KASUT DIPERBUAT DARI KULIT BABI MURAH & TERHANGAT DI PASARAN… BANYAK TERDAPAT DI KOMPLEX2 MEMBELI BELAH TERUTAMANYA ;

CARA NAK SYAK KASUT KULIT BABI IALAH…
1. HARGANYA LEBIH MURAH DARI KASUT KULIT LAIN
2. BIASANYA KULIT BABI NI DI PASANG DI DALAM BAHAGIAN KASUT SEBAB DIA LEMBUT
3. PALING BANYAK PADA KASUT KANAK-KANAK PEREMPUAN
4. KASUT WANITA PUN BANYAK (YANG SALE GILER TU...PERATI BETUL2)
5. SANDAL LELAKI
TOLONG PESAN KAT ORANG RUMAH ATAU SAPA2 SAJA KAUM MUSLIM KITA

KALAU ADA 3 TITIK DALAM SATU TOMPOK TU… JANGAN BELI…TU KULIT BABI…

(Bahan ini saya perolehi dari email yang di forward kiriman sdr Nur, Azila. Terima kasih)

(Tambahan pada 7 Julai 1956)

Namun adakah umat Islam tidak boleh menggunakan kulit babi?? Bacalah jawapannya menurut Al Hadis berikut:

NAMA : MOHD ZAKARIA B. MAHADI
NO MATRIK : IEJ 060043

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ تُصُدِّقَ عَلَى مَوْلَاةٍ لِمَيْمُونَةَ بِشَاةٍ فَمَاتَتْ فَمَرَّ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ هَلَّا أَخَذْتُمْ إِهَابَهَا فَدَبَغْتُمُوهُ فَانْتَفَعْتُمْ بِهِ فَقَالُوا إِنَّهَا مَيْتَةٌ فَقَالَ إِنَّمَا حَرُمَ أَكْلُهَا

Ertinya: daripada Ibn Abbas dia berkata bekas hamba Maimunah telah menyedekahkan seekor kambing, lalu kambing itu mati dan Rasulullah melalui tempat itu lalu bersabda “mengapa tidak kamu ambil kulitnya, kemudian disamak lalu menfaatkannya (menggunakannya)”, justeru mereka berkata ianya adalah bangkai maka nabi bersabda ianya hanya haram jika memakannya.

Takhrij hadith: Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya Sahih Muslim, di dalam kitab al-haid pada bab menyucikan kulit bangkai dengan menyamak, halaman 190.


Fiqh al-hadith

Bangkai di dalam bahasa arab disebut al-mayyitah yang diertikan sebagai mati tanpa disembelih. Dikalangan ulama fiqh pula memberi maksud haiwan yang mati dengan sendiri tanpa sembelihan secara syar‘i dan campur tangan manusia. Berdasarkan dari ayat 3 surah al-Maidah, enam jenis kematian yang dianggap sebagai bangkai dan haram dimakan iaitu:

1. Haiwan yang disembelih bukan kerana Allah
2. Haiwan yang mati kerana dicekik
3. Haiwan yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya
4. Haiwan yang jatuh dari tempat tinggi sehingga menyebabkan kematian
5. Haiwan yang bergaduh antara satu sama lain sehingga menyebabkan kematian
6. Haiwan yang diterkam oleh binatang buas dan dimakan sebahagian badannya yang menyebabkan kematiannya

Berdasarkan hadith yang telah dibawakan, Islam mengharamkan untuk memakan bangkai kerana jika dilihat pada punca kematian haiwan tersebut yang tidak boleh diterima oleh akal manusia yang sihat untuk memakannya, contohnya pengharaman memakan lebihan dari binatang buas yang secara terang menunjukkan ketinggian kedudukan manusia berbanding denagn haiwan sehinggakan diharamkan memakan sisa-sisanya, dan contohnya haiwan yang bergaduh antara satu sama lain sehingga menyebabkan kematian, jika kita lihat pada kebiasaan permainan beradu haiwan yang tidak menunjukkan belas kepada haiwan tersebut sedangkan Islam mengajar untuk bersikap ihsan walaupun ketika hendak menyembelih haiwan. Jika dilihat juga pada haiwan yang mati dengan sendiri berkemungkinan disebabkan keracunan dan tidak terjamin dari aspek keselamatan jika manusia memakan haiwan yang mati kerana kercunan tadi. Haiwan yang mati tanpa disembelih duhukum sebagai bangkai tetapi kulitnya tetap boleh digunakan dengan syarat telah menyamaknya terlebih dahulu.

Berdasarkan hadith di atas juga menunjukkan bahawa pengharaman bangkai hanya untuk memakannya tetapi untuk memanfaatkan kulit seperti bulu dan tanduk bangkai tersebut bukanlah sesuatu yang haram malah boleh jadi ianya diperlukan untuk sesuatu kegunaan yang penting seperti digunakan sebagai tempat menyimpan makanan, sebagai perhiasan atau dijadikan sebagai pakaian.

Oleh itu, ianya tidak harus disia-siakan begitu sahaja dengan syarat kulit bagkai tersebut mesti disamak terlebih dahulu untuk menyucikan dari sebarang kekotoran sebelum digunakan. Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Rasulullah pernah bersabda “sekiranya telah disamak mana-mana kulit maka sesungguhnya ia telah suci.” Berdasarkan hadith ini, Abu Yusuf dan al-Zahiri berpendapat bahawa hadith ini adalah umum dan menunjukkan semua kulit yang telah disamak dihukumkan suci termasuklah kulit anjing dan babi. Haiwan yang halal dimakan seperti lembu dan unta semua anggotanya adalah halal, jika terpisah dari badannya atau mati bukan kerana disembelih maka ianya menjadi bangkai kecuali bulu dan kulit tersebut adalah najis kecuali dengan menyamaknya. Manakala haiwan yang halal dimakan dan disembelih, kulitnya juga halal.

Pada waktu ini, penggunaan kulit babi dan bulunya malah organnya juga semakin banyak disebabkan oleh faktor harganya yang lebih murah berbanding haiwan yang lain dan paling mudah untuk didapati. Kasut-kasut dan bag tangan yang dibuat daripada kulit babi juga mendapat tempat di pasaran negara ini, kenapa?. Jika difokus kepada kasut yang menggunakan kulit babi kerana ia mempunyai harga yang lebih murah berbanding kasut yang tidak menggunakan kulit babi. Dan kebiasaannya kulit babi ini dipasang dibahagian dalam kasut kerana sifat kulit tersebut yang lembut, dan banyak digunakan di dalam kasut kanak-kanak. Cara untuk mengenal pasti sama ada ianya adalah kulit babi atau tidak adalah dengan memerhatikan jika terdapat tiga titik yang seragam pada kulit tersebut berkemungkinan besar ia adalah kulit babi. Berbalik kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Muslim tersebut yang bersifat umum, ulama’ Syafi‘e telah mengecualikan kulit anjing dan babi yang mana tetap najis walaupun setelah disamak.

Cara untuk membersihkan kulit haiwan

1. Dengan cara menyamak iaitu menghilangkan segala lendiran dan kelembapan yang terdapat pada kulit yang akan menyebabkan kerosakan pada kulit tersebut
2. Dengan menggunakan bahan yang kesat seperti daun akasia (qarazh), manjakani (afsh), kulit delima (qusyur al-rumman), tawas (al-syabb) dan sebagainya.
3. Bahan yang digunakan dapat mengeringkan kelembapan kulit, menghilangkan kotoran dan menghilangkan baunya walaupun bahan yang digunakan bukan benda yang suci seperti najis merpati
4. Menggunakan kaedah dengan hanya menjemur kulit tersebut dibawah terik matahari dan melumur dengan tanah adalah tidak memadai kerana cara tersebut tidak mampu membuang segala kotoran. Ini dibuktikan sekiranya kulit tadi direndam di dalam air, ia akan menjadi bau busuk semula.

Dipetik dari http://drishak69.blogspot.com/2008/10/kulit-haiwan.html


kulit babi 1.jpg
  

kulit babi 5.jpg
  

kulit babi 2.jpg
  

kulit babi 3.jpg

August 10, 2010

Apa itu leptospirosis...simptom dan pencegahan...................





Apakah itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan
 oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara 
langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.
PENYEBAB
Tikus merupakan perumah pertama yang dikenalpasti sebagai 
pembawa bakteria ini. 
Leptospirosis kemudiannya merebak kepada manusia secara 
terus melalui air kencing haiwan ini yang telah dijangkiti 
oleh bakteria leptospira atau melalui perumah kedua
 iaitu haiwan mamalia lain seperti anjing, rusa, arnab, tupai 
dan haiwan ternakan 
seperti lembu, kambing, kuda dan kerbau yang telah dijangkiti
 oleh penyakit ini.
 Leptospirosis juga boleh merebak kepada manusia lain melalui 
darah yang dijangkiti
 virus ini dan juga cecair badan.

Bakteria Leptospera

GEJALA

Seseorang yang dijangkiti bakteria leptospira biasanya 
akan mengalami gejala seperti 
demam yang tinggi, sakit kepala, sakit otot, muntah dan 
merah mata. 
Walaubagaimanapun, terdapat juga pesakit yang tidak 
mengalami gejala yang
 disebutkan dan ini menyukarkan diagnosis.

Penderita Leptospirosis yang parah akan mengakibatkan 
kepada kegagalan ginjal, 
kerosakan hati yang mengakibatkan penyakit 
kuning (jaundice), pendarahan kulit 
serta boleh mengakibatkan pembengkakan 
selaput otak (miningitis). Pesakit 
akan menunjukkan simpton ini dalam tempoh
 4-14 hari tempoh matang. 
Kematian akan berlaku sekiranya pesakit lewat 
menerima rawatan.

PENCEGAHAN

Untuk individu yang berinteraksi secara langsung 
dengan pesakit atau haiwan peliharaan :

1. Gunakan pelindung seperti sarung tangan, masker, 
pelindung mata,
 jubah steril dan kasut kedap air;
2. Tutup luka pada kulit;
3. Bersihkan badan setelah melakukan sebarang aktiviti
 (mandi, cuci tanga dan kaki);
4. Cuci tangan sehingga bersih sebelum anda makan.

Kepada yang lainnya :

1. Elakkan berenang atau bermain di air yang kotor 
kerana dikhuatiri tercemar 
oleh bakteria leptospira;
2. Tutup luka agar kedap air ketika mengendalikan 
tanah, air atau lumpur;
3. Cuci tangan dan tempat makan sebelum digunakan;
4. Jaga kebersihan lingkungan persekitaran agar 
tiada genangan air dan jauhkan
 barang-barang dari tikus.

Segera lakukan pemeriksaan di hospital berdekatan 
sekiranya anda mengalami
 gejala yang disebutkan di atas.

Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam
 kematian yang disebabkan oleh penyakit Leptospirosis 
dan Melioidosis. Akhbar-akhbar tempatan mula membangkitkan
 isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan bahawa
 penyakit ini adalah penyakit baru dan
 misteri di Malaysia. Pendapat ini adalah salah!
 Leptospirosis bukanlah penyakit baru di 
Malaysia, tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku.
Apakah itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan 
oleh patogen genus Leptospira, 
yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung 
daripada haiwan kepada manusia.
Leptospirosis di Malaysia?
Leptospirosis di Malaysia telah dikesan buat pertama
 kalinya pada tahun 1925 oleh 
seorang saintis bernama Fletcher W. Setelah itu, para 
saintis telah membuat kajian
 yang lebih terperinci bagi menjejaki kes-kes Leptospirosis 
di Malaysia. Sebagai rumusan, 
para saintis mengumumkan bahawa penyakit Leptospirosis
 amerupakan endemik di negara
 kita pada waktu tersebut.
Kes pada tahun 1925 tersebut merupakan kes yang 
membawa maut (fatal case) 
yang disebabkan oleh bakteria 
Leptospirosis icterohemorrhagiae Fletcher W. juga telah
 mengenal pasti serotip-serotip lain daripada genus
 Leptospira di dalam sampel-sampel 
biologi daripada 21 orang pesakit. Pada tahun 1926 
pula empat kes telah dikesan 
di Singapura (yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaysia)
 oleh saintis Galloway. 

Pada peringkat awal penyakit ini dikesan di Malaysia, 
kebanyakan pesakit menunjukkan 
simptom demam kuning (jaundis), manakala dalam 
kalangan askar pula, simptom yang 
ditunjukkan adalah demam panas.
Bilangan kes dan kematian yang disebabkan oleh 
Leptospirosis pada waktu itu sangat 
membimbangkan. Para saintis telah menggelar penyakit ini sebagai penularan 
penyakit baru dalam kalangan masyarakat Malaya.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, 
sebanyak 527 kes 
leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula,
 terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita
 kematian enam individu akibat
 Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, 
Maran. Terbaru, sebagaimana
 yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang 
anggota bomba merupakan
 korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan
 angka korban yang kelapan dalam 
sela masa kurang sebulan.  
Apakah penyebab Leptospirosis?
Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif 
dari genus Leptospira. Leptospira
 pertama kali dikenal pasti sebagai penyebab 
Penyakit Weil di Jepun, yang biasa 
berlaku ke atas pelombong arang batu. Genus Leptospira
 mempunyai 
sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan
 hubungkait DNA dan lebih 
daripada 300 serotip berdasarkan ujian makmal.

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis
 merupakan penyakit berjangkit 
paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan 
haiwan di dunia. Penyakit Weil 
pula adalah sejenis Leptospirosis tahap serius.
Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi 
reservoir kepada bakteria ini?
Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir
 dan anjing sering menjadi reservoir 
utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang 
telah dijangkiti dengan 
Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui
 air kencingnya secara 
berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama
 berbulan-bulan. Terdapat 
ada juga kes yang dilaporkan hingga bertahun-tahun
 haiwan itu masih boleh merembes
 bakteria tersebut. Malahan, haiwan yang telah 
mendapat vaksinasi juga boleh 
merembeskan bakteria ini melalui air kencingnya.   
Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?
Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara 
langsung mahupun tidak langsung melalui 
pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa 
tersebut. Bakteria genus Leptospira
 ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, 
kulit  yang melecet dan melalui membran 
bermukus seperti mata, hidung dan mulut. 

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani
 haiwan yang dijangkiti. Pekerja rumah
 penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan 
dengan cecair badan dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada
 air, makanan atau tanah yang 
mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. 
Ini juga mungkin berlaku 
dengan menelan makanan atau air yang dicemari,
 atau melalui sentuhan luka pada kulit

Leptospirosis yang sering menerima jolokan demam
 `swamp’ atau lumpur, ini mulai
 ‘membina reputasi’ sebagai penyakit pekerjaan
 dalam kalangan tukang paip dan
 pekerja loji kumbahan sekitar tahun 1883. Lantas 
tidak hairanlah apabila 
kira-kira 30 hingga 50 peratus daripada kes 
Leptospirosis yang melibatkan manusia berlaku
 di tempat kerja.Walaupun Leptospirosis dilabelkan
 sebagai penyakit pekerjaan 
(occupational disease)
 tetapi di negara-negara endemik, aktiviti rekreasi 
dan pengembaraan boleh menjadi
 faktor risiko utama pendedahan kepada bakteria 
genus Leptospira ini. Selain itu, 
orang awam juga boleh terdedah kepada bakteria ini
 melalui permukaan air bertakung, 
terutamanya selepas hujan dan banjir. Kawasan 
yang kotor dan tidak terjamin tahap 
kebersihannya, adalah lebih berisiko tinggi
 untuk menjadi kawasan Leptospira.

Jangkitan daripada manusia kepada manusia 
lain bagi penyakit ini jarang berlaku.
 Tetapi Leptospirosis ini masih boleh menular 
melalui hubungan seksual dan melalui 
penyusuan badan. Bakteria Leptospira masih
 boleh menjangkiti manusia lain 
melalui urin walaupun setelah berbulan-bulan
 selepas jangkitan.

Oleh kerana terdapat pelbagai jenis serotip 
bakteria Leptospira, maka seseorang 
pesakit yang telah sembuh daripada penyakit
 Leptospirosis boleh dijangkiti dengan 
strain lain dan boleh terus menyebarkan penyakit itu lagi.
Apakah tanda-tanda dan
 simptom-simptom Leptospirosis?Petanda-petanda seperti demam panas, 
sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, 
cirit-birit dan mata merah merupakan antara 
simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis. 

Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata 
terhadap cahaya mula menyerang
 beberapa hari setelah simptom-simptom 
di atas mula reda. Penglihatan pesakit 
pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom
 ini boleh berlanjutan sehingga 
beberapa hari dan mungkin juga berterusan
 selama berminggu-minggu.

Simptom-simptom leptospirosis lazimnya
 kelihatan begitu umum dan pesakit
 biasanya beransur pulih selepas kira-kira 
lima hari. Jadi, tidak 
mustahil pada kebanyakan masa, ia sering 
disalahdiagnosiskan sebagai 
demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain. 

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. 
Ini merangkumi Penyakit Weil,
 yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan 
pada kulit dan selaput
 lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan
 pendarahan di paru-paru 
juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun 
boleh membawa maut.
Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?

Proses penyembuhan Leptospirosis memakan 
masa yang lama. Pesakit-pesaki
t Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan 
kronik yang berlarutan selama
 berbulan. Malah, ada juga pesakit yang 
mengalami depresi dan sakit
 kepala yang berterusan. Kadangkala bakteria
 Leptospira ini boleh tinggal
 di dalam mata untuk satu masa yang lama dan 
mengakibatkan radang mata yang serius dan kronik.
Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?
Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan 
seperti pekerja zoo, veterina
r dan mereka yang membela haiwan peliharaan
 adalah termasuk dalam
 golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat 
Leptospirosis. Selain itu, 
mereka yang bekerja sabagai peladang, pekebun 
dan rumah penyembelihan
 juga berisiko tinggi untuk terdedah kepada air,
 lumpur, tanah yang telah 
dikontaminasi oleh urin haiwan yang telah dijangkiti. 

Golongan penggemar aktiviti sukan air atau 
rekreasi juga mempunyai risiko 
pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan 
oleh urin haiwan pembawa seperti
 tikus, anjing atau khinzir.

Ada juga kajian dari Australia yang mengatakan 
bahawa lelaki adalah lebih
 kerap dijangkiti Leptospirosis berbanding wanita.  
Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan
 penyakit ini?
Seseorang doktor mungkin mengesyaki
 Leptospirosis pada seorang pesakit 
yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas
 terdedah pada urin haiwan 
pembawa tersebut. Leptospirosis hanya
 boleh disahkan melalui ujian darah
 yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospira. 

Untuk membuat diagnosis Leptospirosis,
 dua ujian darah berasingan perlu diambi
 dalam tempoh lebih daripada dua minggu. 
Selain itu, bakteria Leptospira juga 
boleh didapati dari darah, cecair tulang 
belakang kepada otak dan air kencing.
Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?

Leptospirosis adalah penyakit yang boleh 
dielakkan. Beberapa tip langkah 
penjagaan boleh diamalkan bagi 
mencegah pendedahan kepada bakteria Leptospira.
Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang 
kalis air sebelum anda 
memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau
 tempat-tempat yang berpotensi untuk
 pendedahan kepada bakteria ini 

Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, 
pelindung mata atau gogel, apron
 dan but apabila bekerja di ladang ataupun bekerja 
dengan haiwan-haiwan 
yang berpotensi untuk dijangkiti dengan Leptospira, 
terutamanya apabila anda 
berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.

Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja 
di ladang dan kebun

Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa
 berada berhampiran dengan
 haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun
 semasa bekerja di kebun/ladang 
yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah 
dikontaminasi dengan bakteria tersebut.

Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat 
yang berkemungkinan 
dicemari oleh urin haiwan

Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan
 memastikan kebersihan
 yang optimum. Buang semua sampah sarap dan
 kemaskan buangan sisa 
makanan, bagi mengelak kehadiran tikus

Sebelum minum atau membuka makanan
 di dalam tin, pastikan anda 
membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan 
dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa 
Leptospira ketika di dalam stor.

Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada
 Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda 
daripada dijangkiti bakteria Leptospira. 

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik 
seperti doxycycline 
atau penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil 
masa yang lama dan pesakit 
boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu. 
Oleh itu, doktor akan 
memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik 
sebelum mengesahkan 
pesakit dengan Leptospirosis. Rawatan antibiotik
 adalah kaedah yang paling 
efektif untuk Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.