BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

January 05, 2010

cerita best...



Seorang salih bercerita:


Ada Raja yang membangun sebuah istana yang sangat indah, serba serbinya cantik serta megah sekali. Selesai membangunkanya, Raja pun meresmikan bangunan indah itu dengan mengatur berbagai bagai acara acara kebesaran , dan tak ketinggalan dengan mengundang semua rakyat nya, dari orang orang atasan, seperti para menteri dan pengiring istana, hingga kepada orang orang bawahan seperti pekerja pekerja biasa, para pakir miskin dan sebagainya.
Mereka kemudian dijamu dengan beranika macam makanan dan minuman, yangbukan main nikmat dan enaknya. Untuk mempastikan keistimewaan istana itu Raja telah menempatkan beberapa penjaga disetiap pintu istana yang indah itu untuk bertanya kepada setiap para undangan yang memasukkannya akan keindahannya, kemegahan serta kekukuhan istana itu, apakah disana terdapat apa apa cacat meskipun yang paling kecil sekali pun.
Beribu ribu para undangan yang datang mengunjungi istana itu, dan apabila mereka ditanya tentang istana itu, ternyata jawapannya semua nya sama, iaitu ia adalah sebuah istana yang paling hebat, indah, megah dan kukuh, dan sama sekali tidak terdapat apa cacat pun walau pun yang terkecil sekali .
Sebentar lagi , tibalah pula serombongan orang orang tua yang bertampal tampalan bajunya memasuki istana itu. Para pejaga menjamu mereka dengan sempurna, kemudian tidak lupa bertanya kepada mereka tentang pendapatnya pada istana yangindah itu.
Terdapat dua cacat besar pada istana indah ini! salah seorang antara orang orangtua itu berkata. Apa kata kau? Ada dua cacat besar pada istana indah ini? Tanyapenjaga istana itu dengan hairan. Benar, terdapat dua cacat besar didalam nya, jawabnya .
Penjaga istana itu lalu menahan sebahagian orang tua itu lalu membawa mereka mengadap Raja seraya berkata kepadanya :
Wahai paduka Raja! Hamba telah bertanya kepada ribuan orang akan kehebatan, kemegahan dan keindahan istana paduka. Semua orang mengatakan yang istana itu indah bangunanya dan sempurna, dan tidak ada suatu cacat pun padanya, meski pun yang terkecil. Bahkan mereka telah memuji mujinya setinggi langit. Tetepi apabila hamba bertanya kepada rombongan orang orang tua ini justeru mereka telah mengatakan ada dua cacat besar pada istana paduka itu.
Raja pun menganguk anggukkan kepalanya, kemudian bertanya: Wahai bapak bapak sekalian! Saya tak rela dengan cacat yang sekecil pun pada istana saya itu, tetapi bapak bapak telah menyebutkan dua cacat besar padanya, Nah , cubalah sebutkan kedua cacat itu, pinta Raja kepada orang orang tua itu.
Seorang dari orang orang tua itu menjawab ;
Bukankah istana indah ini pada akhirnya akan rusak?! Tanya seorang dari orangorang tua itu. Ya, benar katamu itu! jawab Raja. Itulah cacatnya yang pertama. Habis apa pula cacatnya yang kedua, Tanya Raja. Pemiliknya akan meninggal dunia, itu lah cacatnya yang kedua. Jawab orang tua yang lain.
Raja tercengang mendengar jawapan itu, dan mengakui akan kebenaran kata kataorang orang tua itu. Dia termenung sejenak, kemudian berkata kepada mereka:
Benar, dan sungguh benar jawapan bapak bapak, namun apakah ada istana yang tak rusak selama lamanya, dan pemiliknya tak kan mati seterusnya?’ Tanya Raja pula.
Orang orang tua itu hampir serentak tersenyum dan ketawa. Seolah olah mereka sudah menunggu soalan itu daripada Raja, dan mereka pun sudah ada jawapannya.
Ada, wahai paduka Raja, ada,’ jawab mereka serentak . Dimanakah dia ? Tanya raja
Di syurga! Syurga dan kenikmatannya tidak akan rusak buat selama lamanya, dan pemiliknya juga tidak akan mati seterusnya! jawab mereka lagi. Raja mengangguk anggukkan kepala.
Alangkah bahagianya sekiranya paduka dapat memperolihinya, sebab jalan untuk memperolihinya bagi paduka sangatlah terbuka luas, dan tidak sukar, tambah orangorang tua itu.
Cuba terangkan , bagaimana cara memperolihinya? Tanya Raja. Mudah saja! Padukaakan memperolihinya dengan beriman kepada Alah s.w.t. dengan menjalani semua perintah dan menjauhi segala yang tiada diperkenankan Nya. Sebaliknya jika paduka tidak mengerjakan semua itu, maka paduka pun akan menghadapi kecelakaan dan siksaan yang sangat pedih, iaitu yang berupa api neraka, kekal di sana yangkesakitannya tidak dapat dibayangkan, jelas mereka sekalian.
Baiklah, kalau begitu aku akan turuti segala nasihat bapak bapak dan akan aku tinggalkan yang selama ini akan aku pegang. Aku akan beriman kepada Tuhan Maha Esa , dan aku akan tinggalkan kursi kerajaan ini untuk bertaubat kepada Nya, balas Raja.
Raja itu benar benar melaksanakan segala apa yang diucapkannya. Akhirnya jadilah ia sebagai hamba Allah yang salih, taat sehingga keakhir hayatnya, dengan berkat ajakan hamba Nya yang salih.
Ya Allah! Berilah hamba Mu ini petunjuk dan hidayah Mu dalam mengarungi kehidupan ini. Amin!!!….
KOSAH LUQMAN DAN 3 PELACUR

KISAH Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam al-Quran. Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin Baa’ura’. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Daud a.s belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, jugabukan Raja, namun seorang penggembala, berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu pengetahuan.

Diriwayatkan oleh Sai’id bin Amir, ia berkata: ” Telah bercerita kepada kami, Abu Ja’far, ‘Luqman Al-Habasy’ adalah seorang budak milik seorang lelaki. Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk di jual kepada seorang lelakiyang hendak membelinya, Luqman berkata:”Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?” Jawab lelaki itu, “Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu.” “Aku mohon kepadamu agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!” pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya. “Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?” kata Luqman. “Kamu akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku,” jawab lelaki calon pembelinya itu. “Jika demikian, aku mahu kamu beli!” kata Luqman.
Laki-laki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya. Majikan Luqman mempunyai tiga orang anak gadis yang menjadi pelacur di desa itu. Pada suatu ketika majikannya ingin pergi ke kebunnya. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman: “Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan mereka di dalam bilik. Sepeninggalanku, kuncilah pintu ini dan kamu harus berjaga di sini pula. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!”
Sejenak kemudian ketiga-tiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman, “Bukalah pintu ini!” Kerana telah menerima pesan dari majikan dan diamanahi untuk tidak membuka pintu dan namanya amanahakan dipertanggungjawabk an di hadapan Allah kelak, maka Luqman pun menolak untuk membukanya. Akhirnya ketiga-tiga gadis itu marah dan mencederainya. Luqman kemudian membersihkan darah yangmembasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu. Ketika majikan pulang dia tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.
Pada hari berikutnya majikannya sekali pergi ke kebunnya. Sebagaimana sebelumnya dia berpesan kepada Luqman: “Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan. Oleh kerana itu jangan membolehkan mereka membuka pintu ini!” Demikianlah, selepas pemergian ayahnya, ketiga puteri majikannya itu bergegas menemui Luqman dan berkata kepadanya: “Bukalah pintu ini!” Sementara itu Luqman masih tetap memegang amanah yang dibebankan kepadanya tetap tidak bersedia membukakanya sebagaimana pesan dari majikannya.Akan tetapi, ketiga gadis itu kembali menyerang dan melukai Luqman yang tetap duduk di tempatnya. Si majikan telah pulang ke rumah, Luqman sekali lagi tidak mahu menceritakan perihal perilaku ketiga puterinya.
Melihat keteguhan hati Luqman, puteri tertua majikannya kemudian rasa simpatinya datang dan berkata: “Mengapa budak Habasyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat!” Dan puteri sulung majikan Luqman itu pun bertaubat kepada Allah S.W.T. Si bungsu berkata, “Mengapa budak Habasyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T? Demi Allah, aku juga akan bertaubat.” Demikianlah si bongsu akhirnya mengikuti jejak kakak sulung dan keduanya dengan bertaubat. Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat, puteri kedua majikannya berkata “Mengapa dua orang saudaraku dan budak Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi aku, aku akan bertaubat juga!” Akhirnya dia pun bertaubat.
Setelah ketiga puterinya yang berkerja sebagai wanita penghibur itu bertaubat, maka rakan yang sama bekerja denganya di desa berkata,”Mengapa budak Habasyi dan ketiga gadis itu lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding kami?” Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana ketiga-tiga rakannya sehingga jadilah mereka sebagai orang yang beribadat di desa itu.
Demikianlah bahawa hidayah datangnya bukan lewat, dakwah berupa ucapan tapi juga tindakan, atau amalanyang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadah kepadaNya menjadi terpukul tatkala melihat seorangyang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik.

0 comments: