BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

March 27, 2010

Penggodam,Penganggur,Penceroboh....


GAMBAR menunjukkan penggodam Twitter milik Obama yang dikenali sebagai Francois C


CLERMONT-FERRAND – Seorang penggodam komputer di Perancis berdepan hukuman penjara semalam selepas dia memecah masuk akaun laman jaringan sosial Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan selebriti Britney Spears dengan meneka kata laluan mereka.


Penggodam berusia 23 tahun yang cuma dikenali sebagai Francois C. menggunakan nama anjing kesayangan Obama, Bo sebagai kata laluan akaun Twitter milik presiden AS itu.
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dengan bantuan polis Perancis mengambil masa enam bulan menjejaki lelaki itu yang menganggur sebelum menangkapnya di sini, tengah Perancis pada Selasa lepas.
“Saya tidak berniat jahat… Saya cuma mahu memberi amaran kepada mereka bahawa terdapat kelemahan dalam sistem yang digunakan,” kata lelaki itu.
Penggodam tersebut yang berdepan hukuman penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah ditahan di sebuah balai polis di sini sebelum dibebaskan dengan ikat jamin bagi menunggu perbicaraan pada 24 Jun depan. – Agensi
kredit : kosmo.com.my :twisted:

0 comments: