BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

March 19, 2010

Skizofrenia



Di Malaysia, masyarakat masih memandang hina pesakit skizofrenia dengan menggelar mereka orang gila. Namun tahukah anda ia sebenarnya penyakit yang boleh dirawat?

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.
Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.
Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

[sunting]Gambaran keseluruhan

Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom "positif" dan "negatif". Simptom positif termasuk delusionauditory hallucinations dan thought disorder dan biasanya dianggap sebagai manifestation psychosisSimptom negetif digelar sedemikian kerana ia dianggap sebagai kehilangan atau ketiadaan tabiat (traits) atau keupayaan normal, dan termasuk ciri-ciri seperti kesan psychologi rata, blunted atau terhad dan emosi, lemah pertuturan dan ketiadaan dorongan (motivasi). Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."
Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatanperhatian,menyelesaikan masaalahfungsi exekutif (executive function) atau cognition sosial (social cognition).
Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.
Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit psykhotik lain. Pada tahun 1911"dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun tidak.
Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.
Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model continuum (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.
Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability), dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.
Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran (prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi) dopamine dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini, dikenali sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagaiphenothiazines, mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikhotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.
Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi individual tertentu.
SIAPA sangka pemenang hadiah Nobel, John Nash dari Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang individu genius dalam bidang matematik merupakan penghidap skizofrenia selama tiga dekad.
SKIZOFRENIA dikaitkan dengan gangguan ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak.


Namun, selepas tiga dekad berjuang melawan penyakit tersebut, Nash akhirnya berjaya pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan normal seperti manusia biasa.
Cerita di atas membuktikan bahawa pesakit skizofrenia boleh disembuhkan. Pesakit berpeluang menjalani kehidupan normal meskipun terpaksa mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Tetapi, apa itu skizofrenia? Mengapa ia dianggap sejenis penyakit mental yang teruk dan kenapa masyarakat memandang hina kepada pesakit skizofrenia? Adakah pesakit skizofrenia mampu membahayakan keadaan sekeliling?
KEENGGANAN pesakit skizofrenia mendapat rawatan boleh mendorong mereka melakukan perkara negatif.

Skizofrenia sebenarnya adalah satu penyakit kronik, teruk dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka.
Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka yang menghidap skizofrenia selalunya bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak cakap selama berjam-jam, atau kelihatan baik sehinggalah memperkatakan apa yang mereka fikirkan.
Gangguan ini dikaitkan dengan ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang dipanggil neurotransmiter. Jika kimia yang membantu sel saraf berkomunikasi dengan otak ini terjejas, maka ia akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkinan termasuk simptom penyakit mental.
Justeru, tidak mustahil pesakit skizofrenia akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai norma manusia normal seperti membunuh dan sebagainya.
PEMENANG hadiah Nobel, John Nash pernah menghidap skizofrenia selama tiga dekad.


Di AS sendiri, kajian membuktikan, bahawa prevalen tiga daripada 1,000 orang adalah penghidap skizofrenia manakala di Malaysia, berdasarkan statistik perangkaan pada tahun 2003, seramai 11,120 orang merupakan penghidap skizofrenia. Jumlah ini meningkat kepada 17,250 orang pada tahun 2005 dan dikatakan ia semakin bertambah tahun demi tahun.
Sementara itu laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pula mencatatkan bahawa sebanyak 20 peratus pesakit yang menghidap skizofrenia atau masalah mental dan gangguan otak enggan mendapatkan rawatan.
Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara negatif seperti bapa sanggup membunuh anak, anak membunuh ibu dan sebagainya yang mana berita-berita tersebut boleh kita baca dan tatap di dada-dada akhbar.
Bagaimanapun, skizofrenia biasanya sering dialami oleh kaum lelaki berbanding wanita atau dalam erti kata lain, kebarangkalian lelaki menghidap penyakit ini adalah lebih tinggi.
Mengikut kajian, lelaki akan mula menghidap penyakit ini dalam usia 20 tahun hingga 28 tahun manakala wanita pula pada usia 26 tahun hingga 32 tahun. Ini merupakan peringkat awal bagi penghidap penyakit skizofrenia. Justeru jika tidak dirawat lebih awal, ia boleh membawa kepada akibat dan kesan yang buruk.
ROHANA (kanan) sedih dengan sikap segelintir masyarakat yang memandang hina pesakit skizofrenia.


Di Malaysia, masyarakat masih memandang hina terhadap pesakit skizofrenia yang sering digelar sebagai 'orang gila'. Justeru, penghidap skizofrenia sering terpinggir dalam masyarakat. Kehadiran mereka tidak dialu-alukan malah menganggap akan mendatangkan bahaya.


Stigma beginilah yang menyebabkan pesakit skizofrenia sukar untuk sembuh sedangkan hakikatnya mereka boleh pulih dan menjalani kehidupan seperti sediakala jika menerima rawatan yang betul daripada aspek perubatan dan psikologi.
Menurut pengasas Rumah Titian Ashraful Rohaniah di Teluk Intan, Perak, Rohana Saidin, sikap tidak ambil peduli masyarakat terhadap penghidap skizofrenia dan memandang rendah kepada mereka menyebabkan pesakit sukar untuk pulih.
"Saya sebenarnya sedih dan kecewa apabila melihat masyarakat Malaysia yang diuar-uarkan sebagai penyayang dan prihatin bersikap negatif terhadap pesakit skizofrenia. Mereka menganggap pesakit skizofrenia ini boleh mendatangkan mudarat dalam masyarakat dan dianggap seperti sampah.
"Keadaan ini berbeza dengan masyarakat di luar negara yang prihatin dan tidak menyisihkan pesakit skizofrenia. Sebaliknya mereka akan dilayan seperti insan istimewa dan diterima dalam masyarakat.
"Contohnya ketika saya dijemput melawat ke Thailand bersama anak-anak di bawah jagaan Rumah Titian Ashraful Rohaniah, orang-orang di sana tidak segan silu memeluk dan menunjukkan kasih sayang mereka kepada pesakit-pesakit ini. Saya rasa begitu terharu dengan penghargaan yang mereka berikan yang mana tidak diperoleh di negara sendiri.
"Namun di Malaysia, paling menyedihkan apabila keluarga sendiri yang membuang dan menyisihkan mereka," jelas Rohana dalam satu Forum Memahami Skizofrenia: Menyangkal Prejudis dan Stigma Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

0 comments: