PENYAKIT LEPTOSPIROSIS
Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.
Komplikasi:
March 30, 2010
PENYAKIT LEPTOSPIROSIS(kencing tikus)....adakah ini yang menyerang Din Beramboi????
Nama-nama lain.
Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.
Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas
Faktor risiko termasuklah:
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira iaitu bakteria yang berbentuk berpilin (bergelung) yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.
Banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi ada sekadar menjadi pembawa dan tidak mengalami masalah. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Walaupun catatan kes leptospirosis di negara ini rendah (hanya beberapa kes setahun), ia sebenarnya penyakit global dan kebanyakan kes berlaku di negara beriklim sederhana dan tropika. Di Amerika Syarikat, dianggarkan 100 kes leptospirosis dicatatkan setiap tahun.
Gejala leptospirosis biasanya muncul dalam masa dua hingga 25 hari selepas seseorang itu terdedah kepada kencing, darah atau cebisan tisu haiwan dijangkiti.
Bagaimanapun, bakteria daripada kencing haiwan ini boleh tersebar melalui air atau tanah.
Manusia boleh mendapat jangkitan apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.
Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain.
Tanda dan Gejala
Gejala :
Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
Secara umumnya leptospirosis berkembang dalam tiga fasa. Fasa pertama menyebabkan gejala seperti:
Sakit kepala.
Sakit otot.
Mata menjadi sensitif terhadap cahaya terang atau sakit mata.
Seram sejuk.
Demam panas secara tiba-tiba.
Gejala fasa kedua:
Gejala fasa pertama berulang dan demam.
Leher terasa sakit dan tegang.
Sesetengah pesakit mengalami keradangan saraf mata dan selaput otak (meningitis).
Gejala fasa ketiga:
Demam.
Sakit otot.
Jangkitan pada pundi kencing, paru-paru dan jantung (jarang berlaku).
Tanda dan ujian makmal
Radang selaput mata.
Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.
Dianggarkan 25 hingga 35 peratus pesakit mungkin mengalami batuk tidak berkahak, manakala 50 peratus lagi mempunyai masalah mual, muntah dan cirit-birit. Kebanyakan pesakit (75 hingga 100 peratus) mengalami sakit kepala dan demam.
Pada peringkat seterusnya jangkitan boleh menyebabkan kelenjar limfa bengkak, sakit tekak, otot tegang, bunyi paru-paru yang tidak normal atau ruam. Gejala ini boleh berlanjutan dari beberapa hari ke beberapa minggu.
Dalam kes serius dan tidak mendapat rawatan, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing. Ada yang mungkin mengalami gejala teruk, tetapi ada juga individu dijangkiti hanya mendapat gejala ringan.
Masalah kesihatan akibat jangkitan biasanya bermula dengan demam panas secara tiba-tiba.
Gejala menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kerosakan hati.
Ujian sel darah putih (WBC).
Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.
Harapan(Expectations)(prognosis)
Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
Perdarahan yang teruk.
Respiratory distress).
Kegagalan fungsi hati.
Kegagalan fungsi buah pinggang
Rawatan dan Pencegahan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa 10 hari (tempoh inkubasi) sebelum menimbulkan gejala. Namun tempoh inkubasi ini boleh ada dalam julat dua hingga 21 hari. Dalam tempoh ini rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini.
Sebagaimana jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin yang perlu diberikan pada peringkat awal jangkitan.
Namun jika gejala dialami serius, doktor akan memantau keadaan pesakit supaya tidak bertambah teruk.
Selain rawatan, beberapa cara boleh dilakukan untuk mengelak jangkitan bakteria leptospira iaitu:
Elak mengharung air (terutama air banjir) atau berenang dalam air sungai atau kolam yang dikhuatiri tercemar, terutama jika anda ada luka atau kudis.
Elak mengunjungi tempat yang dikatakan ada jangkitan buat sementara waktu sehingga ia disahkan selamat.
Jika berenang dalam kolam atau tasik, pastikan air tidak masuk ke dalam mulut.
Pastikan air yang diminum dimasak sehingga mendidih terlebih dulu.
Pastikan kawasan persekitaran anda sentiasa bersih untuk mencegah kedatangan tikus.
Gunakan sarung tangan apabila membuang bangkai haiwan dan membersihkan najis haiwan peliharaan. Bimbang jika haiwan berkenaan juga dijangkiti bakteria leptospira.
Sentiasa bersihkan kawasan keliling rumah supaya air tidak bertakung
Posted by Siti Mardiana Bt Yaakob at Tuesday, March 30, 2010
Labels: leptospirosis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
huhh... sangat saintifik.... fenin membacanyaa....
Post a Comment